Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan. Cubaan mengandung sememangnya topik yang sangat sentitif terutamanya bagi pasangan yang dah agak lama berusaha tetapi masih lagi belum dikurniakan rezeki. Hakikat anak itu ialah rezeki yang didambakan oleh setiap pasangan akan tetapi segala rezeki itu ialah datangnya dari Allah. Kita sebagai hamba hendaklah sentiasa berusaha dengan sebaik-baiknya lalu disusuli pula usaha itu dengan berdoa dengan sepenuh hati mengharapkan kejayaan. Selebihnya terserahlah kepada Allah sama ada usaha dan doa itu dimakbul atau tidak.
Hakikatnya Allah maha mendengar segala isi hati maka setiap doa yang dipanjatkan itu hendaklah diyakini tidak akan dipersiakan.
Amalan berdoa sememangnya akan mendatangkan pahala dan janganlah kecewa jika apa yang dihajati tidak juga diperolehi. Barangkali Allah sudah mengantikan sesuatu yang dipohon itu dengan sesuatu yang lain kerana kita tidaklah mengetahui hakikat bagi setiap sesuatu. Ketahuilah ketika di akhirat setiap insan akan diperlihatkan amalannya dan juga setiap doa yang sering dipanjatkannya ketika didunia. Dia akan mendapati betapa banyaknya pahala yang diperoleh kerana doa-doanya lalu dia akan berharap alangkah beruntungnya jika satu pun doanya itu tidak dimakbulkan kerana ganjaran di akhirat adalah lebih baik dari dunia.
Baik. Sebagai meneruskan coretan saya ini izinkan saya memohon maaf dahulu sekiranya anda akan terkecewa kerana petua mengandung yang saya gariskan ini hanyalah pengalaman peribadi saya yang saya rasakan elok dikongsi. Saya juga pernah berada dalam situasi anda. Menunggu kehadiran cahaya mata yang pertama. Kegelisahan dan patah hati hanya kita yang faham.
Petua 1 :Banyakkan Bersedekah
Sedekah sememangnya amalan yang dapat membuka pintu rezeki. Sedekah juga dapat mengikis sifat bakhil dan sifat sayangkan dunia.
Contohnya hulurkanlah sedikit sumbangan kepada tabung masjid dan surau. Wakafkan sebahagian gaji kita untuk pembinaan tahfiz dan kos pengurusannya. Belanjalah kawan baik kita makan dan janganlah berkira atau kedekut.
Contoh sedekah yang saya pernah amalkan pula ialah bagi makan kucing jalanan yang datang kerumah. Bagilah lauk yang sedap seperti daging dan ikan yang masih elok. Katakanlah kepada kucing itu "Ha makanlah wahai kucing. Semoga Allah memberiku rezeki kerana sedekahku ini. Wahai kucing doakanlah agar aku dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin" .
Petua 2 : Jimak pada waktu isteri sedang subur
Jika anda masih lagi menyemak kalender haid untuk mengetahui waktu subur isteri ketahuilah cara itu takkan berkesan. Sila abaikan kalender itu dan dengar baik-baik.
Waktu subur badan wanita bergelar isteri sememangnya tak sama dengan badan orang lain. Waktu subur ialah waktu dimana ovari mula menggeluarkan telur ovum ke dalam tiub fallapilo dan ia bersedia untuk proses persenyawaan. Waktu subur ini sebenarnya boleh diketahui oleh tuan badan itu sendiri.
Tatkala keluarnya dari faraj sejenis cecair yang agak likat seperti cecair yang bertali, suhu badan pula berasa agak panas berbanding hari-hari biasa maka itu adalah petunjuk bahawa anda wahai isteri sedang subur. Masa subur ini tersangatlah singkat jadi suami isteri hendaklah sentiasa bersedia untuk melakukan persetubuhan secepatnya.
Maafkan bahasa saya . Ya anda sedang rushing mengejar masa kerana jika terlepas masa ini maka bersabarlah menunggu suci berikutnya.
Petua 3 : Suami menggauli isteri walaupun selepas klimak.
Sebelum bersetubuh hendaklah mengambil wuduk dahulu. Masuklah kedalam kamar dengan memberi salam dan teruskan membaca doa mendatangi isteri. Suami membaca dan sama-sama diaminkan oleh isteri.
Jangan bertelanjang bulat ketika bersama. Mendayunglah wahai si suami dan ingatlah persetubuhan yang berjaya bukanlah disudahi dengan klimak semata-mata. Sila jangan tinggalkan isteri seorang diri. Disunatkan terus mengauli isteri dengan kasih sayang.
Petua 4 : Berusaha, Berdoa, Bertawakkal.
Berusahalah dengan sebaik mungkin. Kemudian disusuli pula dengan doa sepenuh pengharapan agar dikurniakan rezeki cahaya mata. Dan selebihnya bertawakkallah kepada Allah. Ingatlah setiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan dari Allah dan kita sebagai hamba hendaklah terus berdoa dan meminta-minta hanya kepada yang maha Esa.
Semoga pengkongsian ini bermanfaat dan sentiasalah kita berikhlas hati. Sekian.