Kisahnya urusan pindah milik rumah second hand yang baru aku beli dah pun selesai. Jadi tindakan seturusnya yang perlu aku lakukan sebagai pemilik baru yang sah ialah menukar nama pada bil Elektrik dan Air.
(1) Urusan tukar nama dengan TNB
sangat -sangat mudah. Hanya perlu pergi pejabat TNB terdekat :
sangat -sangat mudah. Hanya perlu pergi pejabat TNB terdekat :
- serahkan Bil elektrik terkini, salinan IC dan salinan perjanjian jual beli.
- isi borang dan bayar RM513 je ( Deposit RM500, Setem RM10, Caj urusan RM3 ). Semuanya selesai tak sampai 20 minit.
(2) Urusan dengan SAJ
Ada payah sikit. Bila nak tukar nama dia akan bagi dua jenis borang yang WAJIB kena isi.
- Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air ( Diisi oleh pemilik baru )
- Borang Penutupan Akaun & Pemulangan Balik Deposit ( Ini perlu diisi oleh pemilik asal )
Kisahnya aku tak pernah jumpa pun pemilik asal. Lawyer dan Agen pulak dah lepas tangan selepas urusan jual beli selesai dan masing-masing dah dapat duit. Jadi aku lah yang nak kena settle sendiri merangkak cari tuan rumah lama.
Disini aku gariskan cara macam mana korang boleh skip Borang Penutupan Akaun & Pemulangan Deposit SAJ yang menyusahkan tu. Caranya :
1) Beli siap-siap setem hasil RM10 kat pejabat Pos.
2) Ambil gambar bacaan meter air yang terbaru.
3) Isi borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air. Tampal setem Hasil kat borang ni. Kena ada tandatangan pemilik baru dan seorang saksi.
4) kepilkan salinan IC pemilik baru, salinan IC saksi , Salinan perjanjian jual beli dan bil air terbaru.
5) Hantar semua tu kat kaunter. Jelaskan kat dia yang borang Penutupan Akaun & Pemulangan Deposit tak dapat buat sebab dah lost contact dengan pemilik asal.
6) Dia akan tanya macam-macam tentang mana perginya pemilik asal . Korang cuma cakap tak pernah jumpa. Semua ni agen dan lawyer yang uruskan.
7) Pegawai tu akan proceed permohonan korang dan klasifikasikan pemilik asal sebagai gagal dihubunggi. Sekarang dah tak payah fikir pasal pemilik asal yang melecehkan tu. 😆
8) Serahkan gambar bacaan meter terkini kalau diminta.
Kena ada gambar ni sebab dia nak tahu bacaan yang terkini.
9) Sediakan duit untuk pembayaran Deposit RM135 .
👍👍Dah selesai. 😀😀
👍👍Dah selesai. 😀😀
Tapi masa dapat penyata bayaran tu aku argue jugak kenapa rumah ni yang tak ada orang duduk berbulan-bulan tapi bil air masih berjalan? Dia boleh kata Oh sebab itu caj minima . Memang kena sebulan RM7 . Aku dengar terus... Hah?
Johor adalah negeri yang paling tinggi caj airnya. Kalau negeri lain penggunaan bawah had tak kena bayar pun dan ada rebat dan air percuma lagi. Tapi tidak di Johor ye Tuan-tuan.
Setiap kali pembaca meter tu datang automatik kau kena caj RM7 walaupun tak guna banyak air.
Tentang pemilik asal tu pulak pandai-pandai dialah pergi sendiri ke SAJ untuk tutup akaun dia + tuntut balik deposit dia RM100.
Diharapkan info ini dapat membantu para pemilik rumah baru ketika berurusan dengan SAJ .
terima kasih atas perkongsian
BalasPadamDeposit owner lama bole transfer ke new account? ke burn aje? 😕
BalasPadamKalau waris mcm ne pulak
BalasPadamUntuk tukar bil yg ada pemilik dan hadir bersama, Dokumen di para 2.4 semua dioerlukan juga ke?
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamKedai pulak caj minima RM30 setiap bulan. Mahal benor cajnye
BalasPadamkalau saya di melaka nak tukar nama Di johor..rumah di johor..boleh melalui Pos tak?
BalasPadamsay juga nak tukar nama dari pemilik asal. maklumla beli rumah second hand. Tapi kenapa deposit tu kne bayar Rm500 . mahal tu
BalasPadam