Selepas 3 hari kontroversi Dobi Mesra Muslim viral akhirnya pemilik kedai Dobi itu yang berusia sekitar 40 an terpaksa akur dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Sultan Johor yang terkecil hati dengan isu ini.
Bagi pemilik kedai Dobi Mesra Muslim itu dia sama sekali tidak berniat menyinggung perasaan sesiapa.
Tujuannya hanyalah kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan kerana Allah.
Seharusnya langkah pengusaha Dobi ini yang menidakkan pelangan bukan Islam ( non-Muslim) dari menggunakan khidmat dobinya ini seharusnya dicontohi dan dijadikan model bagi perniagaan Dobi yang lain.
Isu sebenar adalah kerana kekhuatiran pengguna muslim sekiranya mesin dobi itu telah dikotori oleh Najis Mughalazah yang berat dari penggunaan mesin itu oleh pengguna bukan muslim.
Langkah pengusaha dobi itu walaupun kelihatan ekstrim tetapi ia adalah tepat. Perlu diingat dalam setiap perkara perlulah didahului oleh syariat agama Islam dan langkah seperti ini kerap kali akan menimbulkan ketidakpuas hati dikalangan bukan Islam. Malah kekeliruan juga akan timbul di kalangan orang Islam sendiri yang kurang faham.
Pengguna non Muslim masih boleh menggunakan khidmat dobi biasa yang lain. Itu hak mereka sebagai pengguna.
Manakala menidakkan pengguna bukan Islam menggunakan kedai dobinya atas faktor kebersihan demi untuk memelihara pengguna Islam yang lain adalah hak pengusaha dobi itu.
Seharusnya pengusaha dobi itu tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa pun kerana apa yang dilakukannya adalah kerana Allah dan untuk kemaslahatan pengguna Islam.
Malah mereka yang mencaci dan mencemuh penggusaha dobi itulah yang sepatutnya meminta maaf kepada pengusaha dobi itu.
Saranan Sultan Johor yang menegaskan agar pengusaha dobi itu mengubah konsep perniagaannya atau berdepan penutupan perniagaan dan jika berdegil boleh berambus dari Johor dan pergi berniaga di Afganistan juga adalah keterlaluan.
Pihak berkuasa negeri tidak mempunyai kuasa menutup perniagaan ini kerana secara asasnya pengusaha dobi itu tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang. Malah pengusaha dobi berkenaan berhak membantah dan melawan keputusan penutupan itu .
Sudah tiba masanya pengusaha Muslim seperti dobi ini memikirkan cara bagaimana melaksanakan bisnes yang Mesra Muslim secara berhemah tanpa perlu takut dengan kontroversi.
Islam is first class dan hanya Allah yang perlu disembah dan ditakuti.
Pasanglah niat nawaitu adalah kerana Allah maka insyaallah mudah-mudahan Allah mengizinkan mereka terdorong ke jalan kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan