Ahad, 21 Oktober 2018

Cara tukar nama akaun SAJ tanpa libatkan pemilik asal

Kisahnya urusan pindah milik rumah second hand yang baru aku beli dah pun selesai. Jadi tindakan seturusnya yang perlu aku lakukan sebagai pemilik baru yang sah ialah menukar nama pada bil Elektrik dan Air.

(1) Urusan tukar nama dengan TNB
sangat -sangat mudah. Hanya perlu pergi pejabat TNB terdekat : 

- serahkan Bil elektrik terkini, salinan IC dan salinan perjanjian jual beli.
- isi borang dan bayar RM513 je ( Deposit RM500, Setem RM10, Caj urusan RM3 ). Semuanya selesai tak sampai 20 minit. 

(2) Urusan dengan SAJ 
Ada payah sikit. Bila nak tukar nama dia akan bagi dua jenis borang yang WAJIB kena isi. 

- Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air ( Diisi oleh pemilik baru )

- Borang Penutupan Akaun & Pemulangan Balik Deposit ( Ini perlu diisi oleh pemilik asal )


Kisahnya aku tak pernah jumpa pun pemilik asal. Lawyer dan Agen pulak dah lepas tangan selepas urusan jual beli selesai dan masing-masing dah dapat duit. Jadi aku lah yang nak kena settle sendiri merangkak cari tuan rumah lama.

Disini aku gariskan cara macam mana korang boleh skip Borang Penutupan Akaun & Pemulangan Deposit SAJ yang menyusahkan tu. Caranya :

1) Beli siap-siap setem hasil RM10 kat pejabat Pos.

2) Ambil gambar bacaan meter air yang terbaru.

3) Isi borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air. Tampal setem Hasil kat borang ni. Kena ada tandatangan pemilik baru dan seorang saksi.

4) kepilkan salinan IC pemilik baru, salinan IC saksi , Salinan perjanjian jual beli dan bil air terbaru.

5) Hantar semua tu kat kaunter. Jelaskan kat dia yang borang Penutupan Akaun & Pemulangan Deposit tak dapat buat sebab dah lost contact dengan pemilik asal.

6) Dia akan tanya macam-macam tentang mana perginya pemilik asal . Korang cuma cakap tak pernah jumpa. Semua ni agen dan lawyer yang uruskan. 

7) Pegawai tu akan proceed permohonan korang dan klasifikasikan pemilik asal sebagai gagal dihubunggi. Sekarang dah tak payah fikir pasal pemilik asal yang melecehkan tu. 😆

8) Serahkan gambar bacaan meter terkini kalau diminta. 

Kena ada gambar ni sebab dia nak tahu bacaan yang terkini. 

9) Sediakan duit untuk pembayaran Deposit RM135 .

👍👍Dah selesai. 😀😀

Tapi masa dapat penyata bayaran tu aku argue jugak kenapa rumah ni yang tak ada orang duduk berbulan-bulan tapi bil air masih berjalan? Dia boleh kata Oh sebab itu caj minima . Memang kena sebulan RM7 . Aku dengar terus... Hah?
Johor adalah negeri yang paling tinggi caj airnya. Kalau negeri lain penggunaan bawah had tak kena bayar pun dan ada rebat dan air percuma lagi. Tapi tidak di Johor ye Tuan-tuan. 

Setiap kali pembaca meter tu datang automatik kau kena caj RM7 walaupun tak guna banyak air.

Tentang pemilik asal tu pulak pandai-pandai dialah pergi sendiri ke SAJ untuk tutup akaun dia + tuntut balik deposit dia RM100. 

Diharapkan info ini dapat membantu para pemilik rumah baru ketika berurusan dengan SAJ .




Rabu, 17 Oktober 2018

Buat Sendiri : Masalah MyTv E020 - Saluran Tidak Ditemui Bah.2

Kepada yang masih menghadapi masalah tak dapat siaran ketahuilah bahawa setakat ini memang ada terdapat kawasan yang terjejas dan pihak MyTV dah berhari-hari cuba memperbetulkan punca masalah.


Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak MyTV melalui laman web rasminya mytvbroadcasting.my terdapat beberapa negeri yang terjejas iaitu Sarawak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Untuk info terkini boleh melawat laman web di atas. Sekian info.



Selasa, 16 Oktober 2018

Cara buang Lemak dalam Badan

Ramai yang dah berjaya. Dulu gemuk gedempol sekarang dah kurus keding. Tapi...Pernah tak terfikir kemana hilangnya lemak-lemak dalam badan yang banyak-banyak tu? Dia keluar ikut mana?

Lemak, yang terkumpul bertahun-tahun dalam badan sebenarnya tidak dapat ditukarkan secara terus kepada tenaga dan ia juga tidak dapat ditukarkan kepada otot.

Kita sering gelar ia sebagai lemak jahat. Badan kita juga TIDAK dapat membuang lemak-lemak ini dari tubuh sebagai bahan buangan ketika di tandas. Jadi macam mana orang gemuk tu boleh jadi kurus kalau lemak tu tak dapat dibuang atau digunakan ?

Lemak dalam Bentuk Sel

Lemak adalah sejenis unsur yang tergabung hasil daripada cantuman beberapa sel yang membentuk "Triglycerides". 

Triglyceride adalah komponen utama yang membentuk struktur lemak manusia. Ia didapati wujud didalam darah , dan juga minyak yang keluar dari lapisan kulit. Pernah tengok kulit muka berminyak? Ya itu sebenarnya lemak badan korang.

Untuk menukar lemak kepada tenaga ia perlu melalui beberapa peringkat tindak balas kimia yang terjadi didalam badan supaya struktur lemak itu boleh dileraikan. 

Tenaga yang terhasil dari tindak balas kimia ini dapat digunakan oleh tubuh badan seperti tenaga ketika kita berjalan , memakai baju dan sebagainya.

Tetapi badan kita tidak dapat memecahkan sepenuhnya struktur lemak ini menjadi 100% tenaga. Bahan sampingan akan terhasil daripada tindak balas pemecahan lemak ini iaitu air dan karbon dioksida.

Lemak menjadi Tenaga, Air dan Karbon Dioksida.

Air, keluar daripada tubuh badan melalui sistem perkumuhan sebagai urin dan peluh. Tetapi, menurut satu kajian pada tahun 2014 yang dikeluarkan oleh British Medical Journal, mendapati bahan sampingan hasil daripada pembakaran lemak iaitu air dan karbon dioksida ini  sebenarnya keluar dari badan manusia melalui sistem pernafasan.

Ya...maksudnya lemak badan yang korang  gigih membakar tu sebenarnya hilang melalui nafas korang.

Karbon dioksida hasil daripada pembakaran lemak bergabung dengan karbon dioksida dari paru-paru dan akhirnya keluar sebagai nafas.

Begitulah hakikat betapa hebatnya tubuh badan manusia ciptaan tuhan. Membakar lemak sememangnya kerja yang memenatkan tapi ia sebenarnya semudah kita bernafas . Bak kata orang putih, Gone into the thin air.