Selasa, 16 Oktober 2018

Cara buang Lemak dalam Badan

Ramai yang dah berjaya. Dulu gemuk gedempol sekarang dah kurus keding. Tapi...Pernah tak terfikir kemana hilangnya lemak-lemak dalam badan yang banyak-banyak tu? Dia keluar ikut mana?

Lemak, yang terkumpul bertahun-tahun dalam badan sebenarnya tidak dapat ditukarkan secara terus kepada tenaga dan ia juga tidak dapat ditukarkan kepada otot.

Kita sering gelar ia sebagai lemak jahat. Badan kita juga TIDAK dapat membuang lemak-lemak ini dari tubuh sebagai bahan buangan ketika di tandas. Jadi macam mana orang gemuk tu boleh jadi kurus kalau lemak tu tak dapat dibuang atau digunakan ?

Lemak dalam Bentuk Sel

Lemak adalah sejenis unsur yang tergabung hasil daripada cantuman beberapa sel yang membentuk "Triglycerides". 

Triglyceride adalah komponen utama yang membentuk struktur lemak manusia. Ia didapati wujud didalam darah , dan juga minyak yang keluar dari lapisan kulit. Pernah tengok kulit muka berminyak? Ya itu sebenarnya lemak badan korang.

Untuk menukar lemak kepada tenaga ia perlu melalui beberapa peringkat tindak balas kimia yang terjadi didalam badan supaya struktur lemak itu boleh dileraikan. 

Tenaga yang terhasil dari tindak balas kimia ini dapat digunakan oleh tubuh badan seperti tenaga ketika kita berjalan , memakai baju dan sebagainya.

Tetapi badan kita tidak dapat memecahkan sepenuhnya struktur lemak ini menjadi 100% tenaga. Bahan sampingan akan terhasil daripada tindak balas pemecahan lemak ini iaitu air dan karbon dioksida.

Lemak menjadi Tenaga, Air dan Karbon Dioksida.

Air, keluar daripada tubuh badan melalui sistem perkumuhan sebagai urin dan peluh. Tetapi, menurut satu kajian pada tahun 2014 yang dikeluarkan oleh British Medical Journal, mendapati bahan sampingan hasil daripada pembakaran lemak iaitu air dan karbon dioksida ini  sebenarnya keluar dari badan manusia melalui sistem pernafasan.

Ya...maksudnya lemak badan yang korang  gigih membakar tu sebenarnya hilang melalui nafas korang.

Karbon dioksida hasil daripada pembakaran lemak bergabung dengan karbon dioksida dari paru-paru dan akhirnya keluar sebagai nafas.

Begitulah hakikat betapa hebatnya tubuh badan manusia ciptaan tuhan. Membakar lemak sememangnya kerja yang memenatkan tapi ia sebenarnya semudah kita bernafas . Bak kata orang putih, Gone into the thin air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan