Jumaat, 17 November 2023

Jumaat, 27 Ogos 2021

HALO Internet bukannya Unlimited seperti yang disangkakan

 Aku langgan internet dari HALO pakej RM48/sebulan selepas diberitahu yang kononnya internet dia unlimited. Ini pakej dia.


Sejak guna memang best semuanya laju. Berbaloi dengan harga bawah RM50. Boleh guna satu famili. Aku letak sim card dia dalam portable wifi biar senang budak-budak nak online buat kerja sekolah. Tahulah time PKP ni semua benda cikgu suap guna online. Budak-budak tahu apanya yang susahnya mak bapaklah yang kena bekorban masa, tenaga ajar anak-anak kat rumah. Kerja sekolah tu 95% mak bapak yang jawabkan sebenarnya. 

Pembelajaran online lah konon. Memang tak sesuai untuk budak-budak sekolah darjah satu, dua, tadika. Kerja dia banyak tengok video youtube, main game cikgu bagi, print kertas itu print kertas ini, upload gambar, tengok whatsapp, tengok Telegram dengan segala macam mak nenek. Cikgu yang ini nak guna app yang ini. Nanti datang lagi cikgu manje lain nak guna apps lain pulak. Aje giler. 

Anyway disebabkan penggunaan data yang luar biasa sempena PKP yang dah masuk dua tahun ni akhirnya buat julung-julung kalinya jejak jugaklah penggunaan data sampai 100G.


Bila jejak je 99.99G internet dah mula slow se slow-slownyer. Sampai dah tak boleh nak buat apa. Rasanya lagi teruk dari zaman dial up JARING dulu. Tahun dah 2021 tapi ada lagi istilah internet slow ni. 

Aku pun belek-belek lah apps HALO tengok kot-kot boleh topup ke apa ke bagi dia laju balik. Budak-budak nak buat kerja sekolah dah tergendala gara-gara internet habis. Kata unlimited tapi rupanya sampai 100G je unlimited nya. Lepas tu dia jadi hidup segan mati tak mahu. 

Tak tahu nak buat apa tapi ada option adds on kat situ. Aku sangkakan yang ni boleh tambah data lah kot. RM3 untuk 5G hotspot. Aku pun belilah. Bila dah siap internet masih lagi slow. Jadi adds on RM3 aku tu burn macam tu jelah. Rasa rugi dah le kena tipu unlimited. Kena tipu adds on RM3 lagi. Oh dunia, dunia. 

Nak tak nak kena tunggu next monthly renewal lah gamaknya. Jadi kesimpulannya seperti yang terjadi kat aku ni internet HALO yang kononnya unlimited tu sebenarnya untuk 100G pertama memang laju tapi lepas tu dia punya slow macam kau duduk kat Senegal. Sekian. 



Sabtu, 10 Oktober 2020

Punca stereng Exora jadi berat dan ketat

 Nak bawak kereta tiba-tiba stereng tak boleh nak pusing macam biasa. Jadi berat dan ketat. Kadang-kadang macam ada bunyi macam benda kena heret masa kereta sedang jalan. Kalau ini terjadi maknanya minyak power stereng dah kering atau ada kebocoran.



Mula - mula periksa kawasan tempat kita parking kereta. Kalau ada kesan minyak kat lantai macam ni maknanya memang sah ada leaking. Minyak power stereng warna dia kekuningan. 



Kemudian buka bonet depan dan check bekas minyak power stereng. Bentuk dia macam ni. Kalau kereta Exora dia letak kat sebelah kiri. Betul - betul sebelah bekas untuk top up air wiper. Kalau bekas tu kosong macam ni maknanya minyak dah habis langsung. Itulah sebabnya stereng jadi berat. 


Jadi segeralah hantar kereta ke pusat servis untuk check leaking ni sementara masih boleh lagi bawak kereta tu. Saya rekomenkan pergi terus ke pusat servis proton sebab kat sana diaorang boleh diagnosis apa masalah dengan cepat. 



Jadi selepas check mekanik tu dah jumpa masalahnya. Jumpa ada leaking kat hose hitam yang nak sambung ke besi macam ni. Setiap kali stereng diputar minyak akan meleleh keluar. Untuk kes aku ni kira agak besar juga leakingnya. 


Jadi kesimpulannya mereka akan tukar terus dengan hose baru satu set. Dan top up minyak power stereng baru. Total semua kena RM280. Ini bekas minyak power stereng selepas di top up. Berbeza dengan yang tadi langsung kosong. 

So biasanya jarang berlaku kes-kes minyak power stereng leak ni. Biasanya yang bocor macam minyak gear box atau water pump leak. Tapi dah nak terkena kan. So aku share kalau berlaku kes power stereng ketat dan berat korang checklah macam ni. 

Semoga anda semua sentiasa peka dan bertabahlah dengan pe'el Exora anda. 




Selasa, 6 Ogos 2019

Petua untuk berjaya mengandung



Assalamualaikum. 
Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan semoga dipermudahkan segala urusan. Cubaan mengandung sememangnya topik yang sangat sentitif terutamanya bagi pasangan yang dah agak lama berusaha tetapi masih lagi belum dikurniakan rezeki. Hakikat anak itu ialah rezeki yang didambakan oleh setiap pasangan akan tetapi segala rezeki itu ialah datangnya dari Allah. Kita sebagai hamba hendaklah sentiasa berusaha dengan sebaik-baiknya lalu disusuli pula usaha itu dengan berdoa dengan sepenuh hati mengharapkan kejayaan. Selebihnya terserahlah kepada Allah sama ada usaha dan doa itu dimakbul atau tidak.

Hakikatnya Allah maha mendengar segala isi hati maka setiap doa yang dipanjatkan itu hendaklah diyakini tidak akan dipersiakan.

Amalan berdoa sememangnya akan mendatangkan pahala dan janganlah kecewa jika apa yang dihajati tidak juga diperolehi. Barangkali Allah sudah mengantikan sesuatu yang dipohon itu dengan sesuatu yang lain kerana kita tidaklah mengetahui hakikat bagi setiap sesuatu. Ketahuilah ketika di akhirat setiap insan  akan diperlihatkan amalannya dan juga setiap doa yang sering dipanjatkannya ketika didunia. Dia akan mendapati betapa banyaknya pahala yang diperoleh kerana doa-doanya lalu dia akan berharap alangkah beruntungnya jika satu pun doanya itu tidak dimakbulkan kerana ganjaran di akhirat adalah lebih baik dari dunia.

Baik. Sebagai meneruskan coretan saya ini izinkan saya memohon maaf dahulu sekiranya anda akan terkecewa kerana petua mengandung yang saya gariskan ini hanyalah pengalaman peribadi saya yang saya rasakan elok dikongsi. Saya juga pernah berada dalam situasi anda. Menunggu kehadiran cahaya mata yang pertama. Kegelisahan dan patah hati hanya kita yang faham. 

Petua 1 :Banyakkan Bersedekah

Sedekah sememangnya amalan yang dapat membuka pintu rezeki. Sedekah juga dapat mengikis sifat bakhil dan sifat sayangkan dunia. 

Contohnya hulurkanlah sedikit sumbangan kepada tabung masjid dan surau. Wakafkan sebahagian gaji kita untuk pembinaan tahfiz dan kos pengurusannya. Belanjalah kawan baik kita makan dan janganlah berkira atau kedekut. 

Contoh sedekah yang saya pernah amalkan pula ialah bagi makan kucing jalanan yang datang kerumah. Bagilah lauk yang sedap seperti daging dan ikan yang masih elok. Katakanlah kepada kucing itu "Ha makanlah wahai kucing. Semoga Allah memberiku rezeki kerana sedekahku ini. Wahai kucing doakanlah agar aku dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin" .

Petua 2 : Jimak pada waktu isteri sedang subur

Jika anda masih lagi menyemak kalender haid untuk mengetahui waktu subur isteri ketahuilah cara itu takkan berkesan. Sila abaikan kalender itu dan dengar baik-baik.

Waktu subur badan wanita bergelar isteri  sememangnya tak sama dengan badan orang lain. Waktu subur ialah waktu dimana ovari mula menggeluarkan telur ovum ke dalam tiub fallapilo dan ia bersedia untuk proses persenyawaan. Waktu subur ini sebenarnya boleh diketahui oleh tuan badan itu sendiri.

Tatkala keluarnya dari faraj sejenis cecair yang agak likat seperti cecair yang bertali, suhu badan pula berasa agak panas berbanding hari-hari biasa maka itu adalah petunjuk bahawa anda wahai isteri sedang subur. Masa subur ini tersangatlah singkat jadi suami isteri hendaklah sentiasa bersedia untuk melakukan persetubuhan secepatnya. 

Maafkan bahasa saya . Ya anda sedang rushing mengejar masa kerana jika terlepas masa ini maka bersabarlah menunggu suci berikutnya.

Petua 3 : Suami menggauli isteri walaupun selepas klimak.

Sebelum bersetubuh hendaklah mengambil wuduk dahulu. Masuklah kedalam kamar dengan memberi salam dan teruskan membaca doa mendatangi isteri. Suami membaca dan sama-sama diaminkan oleh isteri. 

Jangan bertelanjang bulat ketika bersama. Mendayunglah wahai si suami dan ingatlah persetubuhan yang berjaya bukanlah disudahi dengan klimak semata-mata. Sila jangan tinggalkan isteri seorang diri. Disunatkan terus mengauli isteri dengan kasih sayang. 

Petua 4 : Berusaha, Berdoa, Bertawakkal. 

Berusahalah dengan sebaik mungkin. Kemudian disusuli pula dengan doa sepenuh pengharapan agar dikurniakan rezeki cahaya mata. Dan selebihnya bertawakkallah kepada Allah. Ingatlah setiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan dari Allah dan kita sebagai hamba hendaklah terus berdoa dan meminta-minta hanya kepada yang maha Esa. 


Semoga pengkongsian ini bermanfaat dan sentiasalah kita berikhlas hati. Sekian. 


Isnin, 19 November 2018

Buat Sendiri : Enjin Motor tak boleh start

Berikut ialah step by step cara mengesan mengapa enjin motor tak boleh start.

Analisis Teknikal: Mengenal Pasti Punca Masalah

- Bateri masih baru dan dalam keadaan baik. Tetapi kuasanya dah lemah .
- Electric Starter tak berfungsi.
- Kick starter juga tak berfungsi
- Lampu tak menyala, hon tak kuat.
- Jika dapat bawa di atas jalan enjin seperti nak mati.

Ciri diatas menunjukkan bateri motor sudah menjadi lemah. Walaupun bateri sudah diganti baru tetapi masalah sama seperti diatas didapati berulang.

Ini menunjukkan bateri menjadi lemah disebabkan ianya tidak dapat dicas oleh motor.

Masalah ini berpunca daripada "Rectifier" yang rosak. Rectifier berfungsi untuk mengecas bateri ketika motor dalam keadaan hidup. Tanpa pengecasan dari rectifier ini bateri akan menjadi semakin lemah kerana kehabisan tenaga dan seterusnya menyebabkan motor gagal dihidupkan.

Cara Pembaikan.

Motor jenis Honda Future.


Uji bateri ketika motor dihidupkan. Sepatutnya bacaan Voltage akan mula meningkat ketika minyak dipulas . Jika tiada peningkatan bermakna Rectifier tidak mengecas bateri.

Buka casing dengan cara tekan dan tolak kerana ia tidak menggunakan skru tetapi tercantum secara kelim.

Ini dia kedudukan Rectifier yang rosak itu. Kena keluarkan sedikit dari tepi untuk diuji.

Tukar rectifier dengan yang baru. Uji Voltage sekali lagi menggunakan multimeter. Jika bacaan bateri menunjukkan peningkatan ketika minyak dipulas bermakna pembaikkan telah berjaya. Jika didapati rectifier itu tidak sesuai kerana terlalu kuat sila tukar kepada yang lebih rendah. Bacaan ideal untuk rectifier ialah sekitar 14.5V . Jangan terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan bateri akibat over charge. Rectifier juga boleh ditukar ketika motor dalam keadaan hidup.

Ingat, bateri motor tidak "smart" seperti bateri Smartphone maka ia sangat mudah rosak jika terlebih cas oleh rectifier.

Inilah dia rupa rectifier rosak yang sudah diganti. Rectifier original dan tak pernah ditukar sejak beli motor ni. Melayang duit aku disebabkan benda ni.

Setelah selesai pemasangan sila bawa motor di atas jalan selama 10 minit supaya bateri dapat dicas sepenuhnya oleh rectifier baru itu.

Semoga info mengapa enjin motor tak dapat dihidupkan ini dapat membantu.