Sabtu, 18 November 2017

Buat Sendiri : Mengapa gas memasak selalu habis

Pernah kena gas memasak terlalu kerap habis?. Tak sampai sebulan beli dah nak kena beli tong gas baru?.

Kes gas memasak cepat habis ni pernah terjadi pada diri aku sendiri. Dan rasanya dalam kes ni aku mengaku yang aku terlalu naif. Aku lambat sangat bertindak untuk mencegah kebocoran dan tak verify setiap action yang aku ambil tu berkesan atau tidak. Setiap kali aku tukar gas cuma tunggu dan lihat berapa hari gas tu boleh bertahan. Kaedah monitoring result seperti ini adalah kesilapan besar. Dan  setiap kesilapan ini melibatkan kos tinggi yang berulang-ulang. Akibatnya aku ambil masa selama setahun baru dapat selesaikan masalah ni. 

Ya! setahun. Kisah gas memasak aku ni yang cepat habis terlalu tragis untuk diceritakan. Pengajaran yang aku dapat dari kes ini tersangat-sangatlah mahal dari segi wang ringgit. Mana tak nya setahun kot asyik beli tong gas baru setiap bulan. 

Semoga jangan ada lagi pengguna gas memasak yang rugi besar seperti aku selepas korang membaca blog ni.

Kisah bermula bila dapur gas yang my wife dapat as our wedding gift dulu dah tak berapa nak function. Dapur tu jenis flexci glass tapi dah berkarat sana sini. Api dia pun ada certain tempat yang dah tak keluar sebab tersumbat dengan karat. 

Sebagai ganti aku belikan dapur gas baru. Yang bukan flexci glass lah kan . Aku beli RM120 macam tu . Jenama SAWANA. Tak pernah dengar pun brand ni tapi sebab nak pakai sangat jadi terus angkutlah.

Dah siap pasang semua jadi guna macam biasalah. Tak berapa hari lepas tu gas memasak pun habis. Aku pun tak syak apa-apa jadi beli baru terus tukar je lah. Call je apek tu nanti dia delivery hantar rumah. Masa tu bulan September 2016. Harga tong gas masih lagi RM27.50 .

Lepas tu pakai macam biasalah sampai lebih kurang 15 hari lepas tu gas tu habis lagi. Aku pelik. Kenapa cepat sangat habisnya. Baru je beli . Dapur dan tong pun baru tukar. Aku mula tak puas hati. Semua aku check dari kepala gas, tiub , dapur tak jumpa apa-apa yang pelik.

So aku try tukar kepala gas yang baru sebab takut kepala gas tu dah leak. Lepas tu aku beli tong gas baru dan pastikan masa pasang kepala gas tu ketat. Tak ada bunyi dan bau. Puas hati . 

Aku juga start buat list tarikh berapa haribulan aku tukar tong. Letak list tu kat tong. Kepala gas lama aku tak buang. Simpan untuk monitor ada bocor lagi tak.

Bulan berikutnya Jan 2017. Gas habis lagi. Selepas guna 22 hari. Aku dah cekak pinggang tengok tong gas yang kosong tu. Aku memang dah pastikan masa pasang haritu memang tak ada kebocoran pada kepala dan tiub. Kali ni aku aku nekad beli tiub getah baru. Tukar baru terus . Jadi confirm lah kepala gas yang sebelum ni bukan masalah.

Bulan berikutnya gas habis lagi selepas 18 hari. So aku confirm tiub getah yang lama bukan masalah sebab gas masih bocor walaupun tiub tukar baru. My wife pulak bagi feedback malam-malam kat dapur tu memang ada bau gas tapi tak berapa kuat. Kadang-kadang aku pun ada terbau jugak tapi hampir tak perasan. So bila wife verify dia pun ada bau jugak jadi menang betul lah ada gas bocor cuma tak tahu dari mana.

Aku tukar tong baru lagi. Kali ni harga 2017 dah naik RM28. Kebetulan masa tu my mertua ada datang . Wife pun story kat dia kisah tong asyik kerap tukar. My mertua pun hairan sebab tong dia tu pun tukar dalam sebulan setengah baru habis. Memasak hari-hari pulak tu. 

Aku verify kan cerita tu dengan tanya kawan2 kat tempat kerja. Diorang pun kata yang tong gas diorang dalam lebih kurang 2 bulan baru habis. Even mak aku sendiri punya pun 3 bulan baru habis. Then my mertua cadang kali ni try hempap kepala gas tu dengan batu bata. Kasi berat sikit. Takut ada leak dari kepala gas yang masa lock tak berapa ketat. Aku pun buat.

15 hari lepas tu gas habis lagi. So confirm kaedah hempap bata kat kepala gas tu tak boleh dipakai. Terbang lagi duit aku. Kali ni aku tukar kepala gas baru dan tiub baru satu set.

16 hari kemudian gas habis lagi. Aku makin geram. Fed up sungguh asyik beli tong gas je sebulan sampai 2 kali. Sampai tokey kedai pun hairan awak ni asyik beli gas je ada bocor ke?. 

Aku dah berkira-kira nak beli dapur baru je terus. Induction atau pun elektrik . Tengok harga boleh tahan gak tu. Sesuatu menang nak kena buat segera kalau tak bulan depan menangis lagi le aku.

14 hari kemudian gas habis lagi. Thats it. Aku drive pergi bandar terus cari dapur baru. Mula-mula pergi Lionmas Muar. Pekerja pompuan , lelaki dengan supervisor dia dok rancak berborak kat kaunter. Langsung tak layan aku mundar mandir dalam kedai tengok barang. Dipendek cerita aku keluar dari Lionmas tu sebab tak puas hati dengan layanan nak taknak pekerja kat situ. Bukan ada pelangan lain je pun aku sorang je terconggok kat situ kau buat tak tahu je ketawa berdekah-dekah. Good bye la .

Aku ke Seng Heng kat seberang jalan je dari situ. Ada dapur PENSONIC yang aku puas hati. Harga pun ngam. Aku pun beli. Pekerja dia layan pun ok. Siap tolong angkat dapur tu hantar kat kereta. Service kepada pelangan yang tip top.

So lepas set up dapur tu aku tulis tarikh pada list yang aku update setiap kali tukar gas tu. Nak monitor action kali ni apa pulak outcome nya. List tu berjela panjang dari 2016 sampai la ni 2017 penuh dengan tarikh tong gas habis punya kes. Dapur lama tu aku bungkus letak dalam kotak. Tak buang sebab nak confirm kan betul ke dapur ni kot yang bocor.

30 hari kemudian dalam bulan Sep 2017 gas aku habis lagi. Walaupun ada peningkatan sebanyak 50% jangka hayatnya tapi aku tak ambil result ni sebagai result muktamad sebab tong gas tu dah dipakai sejak dari dapur lama. So aku beli tong gas baru dan teruskan monitor resultnya.

Hasilnya 18 Nov 2017 baru le gas aku tu habis. Selepas 60 hari penggunaan . Jadi confirm lah kes kebocoran yang menyebabkan gas aku asyik habis je dah  berjaya diselesaikan. Dapur lama SAWANA itulah puncanya. Aku belek2 dapur lama tu dan aku syak mungkin gas bocor dari tiub tembaga yang kat belakang bawah dapur tu. Sebab tiub tu boleh pusing2. Macam saja je dia design tiub tembaga tu boleh free longgar2.

Sangat-sangat tak rekomen korang guna dapur gas jenama ini yer. Disebabkan kes yang menimpa aku. Rugi besar asyik tukar gas tiap-tiap bulan. Dapur ni aku dah buang .  Tengok pun dah tak selera. Puihh..

Sekarang pakai jenama PENSONIC. Ini aku pakai ok je. Dapur ni dah menyelesaikan masalah kebocoron gas rumahku. Tiub tembaga dapur ni yang tempat pasang saluran ke tiub getah gas tu pun nampak kukuh dan ketat . Tak macam dapur jenama SAWANA .

Inilah kisah benar mengapa tong gas aku cepat sangat habisnyer yang aku sendiri hadapi. Tak sangka rupanya action menukar dapur baru yang aku sangkakan  sepatutnya dibuat paling akhir rupanya adalah action yang sepatutnya aku lakukan dari dulu lagi. Pengajaran yang bermakna walaupun mahal harganya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan