Isnin, 19 November 2018

Buat Sendiri : Enjin Motor tak boleh start

Berikut ialah step by step cara mengesan mengapa enjin motor tak boleh start.

Analisis Teknikal: Mengenal Pasti Punca Masalah

- Bateri masih baru dan dalam keadaan baik. Tetapi kuasanya dah lemah .
- Electric Starter tak berfungsi.
- Kick starter juga tak berfungsi
- Lampu tak menyala, hon tak kuat.
- Jika dapat bawa di atas jalan enjin seperti nak mati.

Ciri diatas menunjukkan bateri motor sudah menjadi lemah. Walaupun bateri sudah diganti baru tetapi masalah sama seperti diatas didapati berulang.

Ini menunjukkan bateri menjadi lemah disebabkan ianya tidak dapat dicas oleh motor.

Masalah ini berpunca daripada "Rectifier" yang rosak. Rectifier berfungsi untuk mengecas bateri ketika motor dalam keadaan hidup. Tanpa pengecasan dari rectifier ini bateri akan menjadi semakin lemah kerana kehabisan tenaga dan seterusnya menyebabkan motor gagal dihidupkan.

Cara Pembaikan.

Motor jenis Honda Future.


Uji bateri ketika motor dihidupkan. Sepatutnya bacaan Voltage akan mula meningkat ketika minyak dipulas . Jika tiada peningkatan bermakna Rectifier tidak mengecas bateri.

Buka casing dengan cara tekan dan tolak kerana ia tidak menggunakan skru tetapi tercantum secara kelim.

Ini dia kedudukan Rectifier yang rosak itu. Kena keluarkan sedikit dari tepi untuk diuji.

Tukar rectifier dengan yang baru. Uji Voltage sekali lagi menggunakan multimeter. Jika bacaan bateri menunjukkan peningkatan ketika minyak dipulas bermakna pembaikkan telah berjaya. Jika didapati rectifier itu tidak sesuai kerana terlalu kuat sila tukar kepada yang lebih rendah. Bacaan ideal untuk rectifier ialah sekitar 14.5V . Jangan terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan bateri akibat over charge. Rectifier juga boleh ditukar ketika motor dalam keadaan hidup.

Ingat, bateri motor tidak "smart" seperti bateri Smartphone maka ia sangat mudah rosak jika terlebih cas oleh rectifier.

Inilah dia rupa rectifier rosak yang sudah diganti. Rectifier original dan tak pernah ditukar sejak beli motor ni. Melayang duit aku disebabkan benda ni.

Setelah selesai pemasangan sila bawa motor di atas jalan selama 10 minit supaya bateri dapat dicas sepenuhnya oleh rectifier baru itu.

Semoga info mengapa enjin motor tak dapat dihidupkan ini dapat membantu.