Khamis, 15 Jun 2017

Sesungguhnya Neraka itu benar.

BALASAN KEBAIKAN DAN KEJAHATAN
Pada malam nabi di Israk dan Mi'rajkan maka nabi telah diperlihatkan kepada syurga dan neraka. Apabila nabi melihat syurga maka orang yang paling ramai menghuni syurga adalah orang  fakir dan miskin. Manakala di neraka pula orang yang paling ramai menjadi penghuni neraka adalah kalangan wanita.
Firman Allah S.w.t  di dalam Surah An-Nisaa' ayat 56-57:
Mafhumnya :
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat kami, kelak kami akan masukkan mereka ke dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan kulit yang lain untuk mereka supaya mereka dapat merasai azab sengsara itu (Ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
"Dan orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh di dalam syurga itu pasangan-pasangan atau isteri-isteri yang suci, serta kami memasukkan mereka ke tempat yang teduh (lagi nyaman) yang berkekalan"
Allah s.w.t telah menceritakan mengenai cara penghuni neraka itu diazab. Apabila kulit tubuh mereka hangus terbakar, kulit yang baru akan tumbuh dan tubuhnya dibakar lagi sehingga hangus. Kemudian tumbuh lagi kulit yang baru dan dibakar lagi, dan begitulah seterusnya mereka diseksa berulang-ulang dengan penuh kesakitan. Perlu diingat bahawa penghuni neraka  tidak akan mati kerana  azab siksaan yang berterusan. Segalanya untuk merasai kesakitan dan kepedihan yang berterusan. Firman Allah dalam al-Quran:
"Muka mereka dibakar api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat ."
(Surah Al-Mukminun: 104)
"Bukan begitu: Sesungguhnya neraka itu menyala-nyala, lagi membongkar (mengelupaskan) kulit kepala."
(Surah Al-Ma'arij: 15-16)
"Pada hari itu seksaan menutupi mereka dari atas kepala dan dari bawah kaki. Ketika itu Allah berfirman: ‘Rasailah olehmu seksaan ini (hasil daripada) apa yang kamu usahakan di dunia.'"
(Surah Al-Ankabut: 55)

KEADAAN NERAKA
Sebagaimana hadis nabi yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik,  nabi telah bersabda: ketika mana Malaikat Jibril datang bertemu nabi dan menceritakan tentang neraka, Jibril mengatakan:
"Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang yang berada di hujung timur kerana bersangatan panasnya (tersangat panas api neraka), Neraka Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya adalah besi, minumannya adalah air panas campur nanah dan pakaiannya adalah potongan-potongan api."

SEKSAAN DALAM NERAKA
Jibril menyatakan lagi:
"Maka diiring ke sana musuh-musuh Allah sehingga bila telah sampai ke pintunya disambut oleh malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus pada kemaluannya dan diikat tangan kiri pada lehernya sedangkan tangan kanan di masukkan kedada dan tembus pada bahunya dan tiap-tiap manusia digandingkan dengan syaitan lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan besi. Tiap kali mereka ingin keluar kerana sangat risau maka ditanamkan kedalamnya".
Abdullah bin Jubair meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa di dalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa pedih bisanya tetap terasa hingga 40 tahun. Juga di dalam neraka ada kala jengking sebesar keldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama 40 tahun".

SERINGAN-RINGAN SIKSAAN NERAKA
Daripada Nukman bin Basyir r.anhuma berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Kiamat ialah seorang yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua buah bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panasnya) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dahsyat daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

PENGHUNI PINTU-PINTU NERAKA
Nabi bertanya:
"Siapakah penghuni pintu-pintu tersebut? Jawab Jibril:" Pintu yang paling bawah adalah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan dari mukjizat nabi Isa."
Allah telah berjanji bahawa para pelaku maksiat dan dosa, tempat mereka di akhirat kelak adalah di neraka. Bagi syaitan, Iblis dan orang-orang kafir, ia akan berada di neraka buat selama-lamanya. Namun, bagi orang Islam yang berdosa (tetapi tidak mensyirikkan Allah), mereka akan tetap diseksa di neraka, walaupun akhirnya akan turut menempuh alam syurga.
Antara janji Allah dalam al-Quran mengenai seksa neraka yang akan dihadapi oleh para pelaku dosa adalah seperti berikut (yang bermaksud):
"Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir."
(Surah Al-Baqarah: 24)
"Barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batas larangannya, nescaya  Allah memasukkannya ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Dia menderita seksa yang hina-dina."
(Surah An-Nisa': 14)
"Allah telah menyediakan untuk mereka yang munafik laki-laki mahupun perempuan dan orang kafir itu neraka Jahannam. Mereka itu kekal di dalamnya. Allah melaknati mereka itu dan untuk mereka azab yang kekal."
(Surah At-Taubah: 68)
Neraka dalam bahasa arab disebut "an-Naar" yang bermaksud api. Neraka juga dinamakan an-Naar kerana bagi penghuni neraka, mereka disediakan tempat tinggal yang dibuat daripada api, pakaian daripada api dan mereka pun diseksa dengan api. Dalam hal ini Allah berfirman (yang bermaksud):
"Maka Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala, tidak ada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang paling celaka."
(Al-Lail: 14-15)
Api neraka adalah api yang maha panas. Panasnya api neraka berjuta kali ganda melebihi kepanasan api yang ada di dunia ini. Malah, bumi ini pasti hancur berkecai jika api neraka yang hanya sebesar zarah jatuh ke atasnya.
Ada sebuah hadis daripada Ibnu Mas'ud radiallahuanhu, bahawasanya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda (yang bermaksud):
"Adapun panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Kalau sedikit sahaja jatuh ke atas dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya."

PANAS API NERAKA
Hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Dinyalakan Api Neraka itu selama seribu tahun sehingga berwarna merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga hitam gelap bagaikan malam yang gelap gelita"
Sebagaimana hadis nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak adam di dunia ini hanyalah 1/70 kepanasan api Neraka Jahannam". Sahabat bertanya: "Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyiksa". Baginda s.a.w bersabda: " Mekipun demikian, kepanasan Neraka Jahannam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak 69 bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini"(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

PINTU-PINTU NERAKA
Jibril menyebut lagi:
"Api neraka itu ada mempunyai  tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian yang tertentu dari laki-laki dan perempuan. Nabi lalu bertanya: Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu rumah kami?. Jawabnya: Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya. Dari pintu ke pintu adalah jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari pintu yang lain tujuh puluh kali ganda."
Melalui petunjuk hadis, diketahui bahawa neraka itu terdiri daripada tujuh pintu (yang juga bererti tujuh tingkat). Nama-nama tingkat neraka itu pula menurut al-Quran adalah:
1. Neraka Jahannam
"Katakanlah kepada orang kafir itu: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya." (Ali Imran: 12)
2. Neraka Luza
"Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. Yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (daripada iman)." (Surah Al-Lail: 14-16)
3. Neraka Hathamah
"Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hathamah. Tahukah engkau apakah Hathamah itu? Iaitu api neraka yang bernyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikatkan kepada tiang yang panjang." (Surah Al-Humazah: 4-9)
4. Neraka Sair
"Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan menganiayai mereka (anak yatim), sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sair." (Surah An-Nisa': 10)
5. Neraka Saqar
"Di dalam syurga mereka saling bertanya dari hal orang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk neraka Saqar. Jawabnya: ‘Kerana kami tidak sembahyang, tidak memberi makan orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat.'"(Surah Al-Mudasir: 40-46)
6. Neraka Jahim
"Ambillah orang-orang yang berdosa itu, dan bawalah ke dalam neraka Jahim. Sesudah itu tumpahkan ke kepalanya air panas untuk menyeksanya. Rasailah seksaan itu, sesungguhnya (kamu) dahulu orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu ragu-ragukan pada masa dahulu itu." (Surah Ad-Dukhan: 47-50)
7. Neraka Hawiyah
"Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka dia dilemparkan ke neraka Hawiyah. Tahukah engkau apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas." (Surah Al-Qari'ah: 8-11)

JURANG API NERAKA
Nabi bersabda riwayat dari Abi Hurairah r.a:
Adalah kami (pada suatu hari) bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, tibab-tiba terdengar suara benda yang jatuh dengan keras, lalu nabi bersabda: "Tahukah kamu suara apakah ini?. Kami menjawab: "Allah dan rasulNya lebih mengetahui". Lalu Nabi s.a.w bersabda: " Ini adalah (suara) sebiji batu yang dilemparkan ke dalam api neraka sejak tujuh puluh tahun yang lalu, maka batu itu terus saja menjunam menuju ke dasar neraka dan baru saat ini ia sampai ke dasarnya. Maka dari itu kamu mendengar suara jatuhnya". ( Hadis Riwayat Muslim)

BESARNYA NERAKA
Dari Abdullah bin masud r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Dibawa Neraka Jahannam pada hari itu( kiamat) dengan 70,000 tali penarik dan pada setiap tali itu ada 70,000 malaikat yang menariknya"( Hadis Riwayat Bukhari)

CARA MEMASUKI API NERAKA
Sesungguhnya neraka itu dimasuki dengan dua cara;
1.      Dihalau dan dilemparkan masuk ke neraka. Cara ini digunakan kepada mereka yang kafir, munafik dan Iblis.
2.      Dengan meniti Titian Shirathal-Mustaqim. Cara ini akan dilalui oleh umat bertauhid, umat Nabi Muhammad s.a.w, dan umat nabi-nabi yang terdahulu, baik mereka yang beramal soleh mahupun mereka yang derhaka. Bagi mereka yang akan masuk syurga, mereka akan selamat melalui titian ini. Namun bagi mereka yang diputuskan hukumannya di neraka, mereka akan terjatuh ke dalam lubang neraka Jahannam.
Al-Qurtubi menulis, "Pada waktu api membakar itu, maka mengelupas seluruh kulit, gugur daging yang melekat di tubuh dan kelihatan tulang memutih. Mereka meronta-ronta kesakitan, memekik sekuat-kuatnya. Mereka menangis. Air mata bercucuran. Habis air mata, maka keluarlah darah. Terjadinya pelbagai penyesalan, namun sedikit pun tiada gunanya..."
Walaupun mereka  menangis air mata darah sekali pun, penghuni neraka sudah tidak akan lagi mendapat keampunan daripada Allah, kecuali mereka yang di dalam hatinya masih ada keimanan kepada Allah s.w.t.  Segala penyesalan sudah tidak berguna lagi. Tiada ahli keluarga dan rakan-rakan yang akan dapat membantu. Sehingga malaikat penjaga neraka iaitu Malaikat Malik (Ketua) dan Malaikat Zabaniyah pun tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya daripada terus diazab. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Rasalah olehmu, kerana kamu melupakan peristiwa yang akan terjadi pada hari ini. Kerana itu maka Kami melupakan kamu pula. Dan rasalah seksaan itu selama-lamanya. Hal ini adalah kerana amal perbuatan kamu sendiri."
(Surah As-Sajadah: 14)

Susunan:
Ustaz Khairuddin bin Haiyon
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah
Unit Penerangan & Penerbitan
JAIS

Rabu, 14 Jun 2017

Microsleep. Tertidur semasa memandu.



Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

BERHENTI.
LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
TIDUR.

Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

#drafh
#microsleep
#opssikap

Selasa, 13 Jun 2017

Info berkenaan makanan untuk ayam ternakan yang diragui.

MESTI BACA
Dari grup usahawan MARDI untuk renungan semua.

Sahabat.
Saya adalah seorang yg ada nama dlm industri penternakan negara, tetapi saya berundur... Saya telah lalui 10 thn pendidikan formal di universiti; 22 tahun dalam industri terutama ternakan ayam.
Hari ini saya ingin membuka pekung industri... terutama
ayam daging & lembu

Saya berundur dari industri ayam sebagai orang yg ada nama dgn satu kesedaran...
industri ini sangat SAKIT.

Sebagai muslim saya minta maaf jika dlm grup ni ada yg belum muslim yg mungkin tersinggung dgn apa yg saya ucapkan ini. Saya dapat buktikan betapa sakitnya industri ayam ini di jalankan.

Ramuan makanannya ;-
sumber protinnya dari
- tepung darah
- tepung daging
- tepung tulang
 (majoriti di impot). Pengesahan sumber bahan ini adalah dari sumber babi

Semasa proses penternakan ada bhn kimia seperti punca arsenic,
antibiotik terlarang digunakan secara berleluasa.

Pada 1996 berlaku pembocoran maklumat dan terjadinya isu ayam nitrofuran.
Saya berundur dari industri ini secara total pada 1999.

Saya menjalankan kajian apa punca protin yg boleh di bangunkan secara skala komersial yg tidak ada undang2 mengekang kita.
Ia bermula dengan
1.pembiakan ikan guppy biasa - ikan ini lambat dan sekali cycle jumlah x byk.
2. cacing tanah - sukar dgn kerenah media dan penggandaan yg lambat
3. selidik larva lalat spt Chrysomia bezziana (lalat hijau) juga musca domestica (lalat rumah) - masalah yg kita hadapi adalah pencemaran E.coli dan Salmonella pada larvanya sbb mmg tabiat lalat sukakan kotor. (Afrika bangunkan juga larva lalat ini).
4. kajian penggandaan tikus putih makmal secara besar-besaran utk tepung protin. Ia juga bermasaalah dgn mcm mana nk proses anak2 tikus dan juga ada punca penyakit yg di bawa.
5. Sy tlh lama perhatikan larva BSF (tak tahu nama dan nama saintifiknya).Akhir2 ini saya mencari secara giat dlm internet dan jumpa artikel MAGMEAL®.
barulah saya tahu dan langsung jumpa dgn geng2 BSFL ni...

Matlamat & visi saya adalah utk menukarkan sumber protin dari sisa babi kpd punca yg halal syarak utk sekurang2nya makanan saya sekeluarga.

Saya pernah ke dialog JAKIM, JAIS, Halal Hub dlm isu ayam babi di The Palma Hotel, Putrajaya.

Dm dialog itu para pegawai berkenaan bermati2an tuduh saya sebagai talibarut pihak berkepentingan dlm industri menyebarkan dakyah palsu.
Jawapan balik saya kepada mereka:
Jika saya adalah penyebar dakyah ,maka pihak tuan2 semua perlu buktikan yg anda betul dengan menguatkuasakan LOGO HALAL JAKIM pada beg makanan ayam komersial.

Bermula dari tarikh itu sampai ke jam wasap ini di tulis BELUM ADA LOGO HALAL DI BEG MAKANAN AYAM KOMERSIAL.

Ayam ini kita suap hari2 kpd kita, emak kita, isteri kita, anak2 kita, ustaz2 kita...
Apa yg saya nampak ialah ada proses kerosakan yg sedang berlaku dlm.diri kita iaitu keras hati, sifat tamak haloba membiak, timbul penyakit pelik2.

Saya bersyukur menemui kumpulan ini .

Saya bermula balik dari kursus 27hb mac lalu , berhempas pulas  menjalankan usaha menggunakan segala sumber yg ada utk merealisasikan BSFL adalah PENGGANTI KPD SISA BABI YG DI GUNAKAN SEKARANG.

Maafkan saya, terpaksa buka cerita ini demi melorongkan matlamat murni ilmu ini bg faedah ummah.

Terima kasih sifu krn memberi ilmu sifu dan halalkan kpd saya.

Jika kita bergerak dalam skala besar, kita boleh mengubah industri.
jika bergerak dlm skala kecil, kita hanya mampu mengubah makanan keluarga kita.
Saya dah 16thn total stop makan ayam komersial semata2 isu tepung protin dan residu antibiotik yg sangat menakutkan jika tuan2 sahabat mengetahuinya.

ikhlas.
Dr. Saari
Dip. animal health n production UPM
Doctor of Vetrinary Medicine UPM

working experience
1. Ayam Dinding - Perak
2. Perak Meat - Perak
3. TD Poultry - Trg
4. Murni Hatchery - Kel
5. Ayam Organik HPA - Perlis.
6. sekarang mengasaskan pergerakan muamalat dlm kumpulan sedar ekonomi QC2U.COM

Tolong viralkan semoga lepas tanggungjawab kita

Allahhuaklam bissawab.