Isnin, 19 November 2018

Buat Sendiri : Enjin Motor tak boleh start

Berikut ialah step by step cara mengesan mengapa enjin motor tak boleh start.

Analisis Teknikal: Mengenal Pasti Punca Masalah

- Bateri masih baru dan dalam keadaan baik. Tetapi kuasanya dah lemah .
- Electric Starter tak berfungsi.
- Kick starter juga tak berfungsi
- Lampu tak menyala, hon tak kuat.
- Jika dapat bawa di atas jalan enjin seperti nak mati.

Ciri diatas menunjukkan bateri motor sudah menjadi lemah. Walaupun bateri sudah diganti baru tetapi masalah sama seperti diatas didapati berulang.

Ini menunjukkan bateri menjadi lemah disebabkan ianya tidak dapat dicas oleh motor.

Masalah ini berpunca daripada "Rectifier" yang rosak. Rectifier berfungsi untuk mengecas bateri ketika motor dalam keadaan hidup. Tanpa pengecasan dari rectifier ini bateri akan menjadi semakin lemah kerana kehabisan tenaga dan seterusnya menyebabkan motor gagal dihidupkan.

Cara Pembaikan.

Motor jenis Honda Future.


Uji bateri ketika motor dihidupkan. Sepatutnya bacaan Voltage akan mula meningkat ketika minyak dipulas . Jika tiada peningkatan bermakna Rectifier tidak mengecas bateri.

Buka casing dengan cara tekan dan tolak kerana ia tidak menggunakan skru tetapi tercantum secara kelim.

Ini dia kedudukan Rectifier yang rosak itu. Kena keluarkan sedikit dari tepi untuk diuji.

Tukar rectifier dengan yang baru. Uji Voltage sekali lagi menggunakan multimeter. Jika bacaan bateri menunjukkan peningkatan ketika minyak dipulas bermakna pembaikkan telah berjaya. Jika didapati rectifier itu tidak sesuai kerana terlalu kuat sila tukar kepada yang lebih rendah. Bacaan ideal untuk rectifier ialah sekitar 14.5V . Jangan terlalu kuat kerana ia boleh merosakkan bateri akibat over charge. Rectifier juga boleh ditukar ketika motor dalam keadaan hidup.

Ingat, bateri motor tidak "smart" seperti bateri Smartphone maka ia sangat mudah rosak jika terlebih cas oleh rectifier.

Inilah dia rupa rectifier rosak yang sudah diganti. Rectifier original dan tak pernah ditukar sejak beli motor ni. Melayang duit aku disebabkan benda ni.

Setelah selesai pemasangan sila bawa motor di atas jalan selama 10 minit supaya bateri dapat dicas sepenuhnya oleh rectifier baru itu.

Semoga info mengapa enjin motor tak dapat dihidupkan ini dapat membantu.






Ahad, 21 Oktober 2018

Cara tukar nama akaun SAJ tanpa libatkan pemilik asal

Kisahnya urusan pindah milik rumah second hand yang baru aku beli dah pun selesai. Jadi tindakan seturusnya yang perlu aku lakukan sebagai pemilik baru yang sah ialah menukar nama pada bil Elektrik dan Air.

(1) Urusan tukar nama dengan TNB
sangat -sangat mudah. Hanya perlu pergi pejabat TNB terdekat : 

- serahkan Bil elektrik terkini, salinan IC dan salinan perjanjian jual beli.
- isi borang dan bayar RM513 je ( Deposit RM500, Setem RM10, Caj urusan RM3 ). Semuanya selesai tak sampai 20 minit. 

(2) Urusan dengan SAJ 
Ada payah sikit. Bila nak tukar nama dia akan bagi dua jenis borang yang WAJIB kena isi. 

- Borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air ( Diisi oleh pemilik baru )

- Borang Penutupan Akaun & Pemulangan Balik Deposit ( Ini perlu diisi oleh pemilik asal )


Kisahnya aku tak pernah jumpa pun pemilik asal. Lawyer dan Agen pulak dah lepas tangan selepas urusan jual beli selesai dan masing-masing dah dapat duit. Jadi aku lah yang nak kena settle sendiri merangkak cari tuan rumah lama.

Disini aku gariskan cara macam mana korang boleh skip Borang Penutupan Akaun & Pemulangan Deposit SAJ yang menyusahkan tu. Caranya :

1) Beli siap-siap setem hasil RM10 kat pejabat Pos.

2) Ambil gambar bacaan meter air yang terbaru.

3) Isi borang Perjanjian Perkhidmatan Bekalan Air. Tampal setem Hasil kat borang ni. Kena ada tandatangan pemilik baru dan seorang saksi.

4) kepilkan salinan IC pemilik baru, salinan IC saksi , Salinan perjanjian jual beli dan bil air terbaru.

5) Hantar semua tu kat kaunter. Jelaskan kat dia yang borang Penutupan Akaun & Pemulangan Deposit tak dapat buat sebab dah lost contact dengan pemilik asal.

6) Dia akan tanya macam-macam tentang mana perginya pemilik asal . Korang cuma cakap tak pernah jumpa. Semua ni agen dan lawyer yang uruskan. 

7) Pegawai tu akan proceed permohonan korang dan klasifikasikan pemilik asal sebagai gagal dihubunggi. Sekarang dah tak payah fikir pasal pemilik asal yang melecehkan tu. 😆

8) Serahkan gambar bacaan meter terkini kalau diminta. 

Kena ada gambar ni sebab dia nak tahu bacaan yang terkini. 

9) Sediakan duit untuk pembayaran Deposit RM135 .

👍👍Dah selesai. 😀😀

Tapi masa dapat penyata bayaran tu aku argue jugak kenapa rumah ni yang tak ada orang duduk berbulan-bulan tapi bil air masih berjalan? Dia boleh kata Oh sebab itu caj minima . Memang kena sebulan RM7 . Aku dengar terus... Hah?
Johor adalah negeri yang paling tinggi caj airnya. Kalau negeri lain penggunaan bawah had tak kena bayar pun dan ada rebat dan air percuma lagi. Tapi tidak di Johor ye Tuan-tuan. 

Setiap kali pembaca meter tu datang automatik kau kena caj RM7 walaupun tak guna banyak air.

Tentang pemilik asal tu pulak pandai-pandai dialah pergi sendiri ke SAJ untuk tutup akaun dia + tuntut balik deposit dia RM100. 

Diharapkan info ini dapat membantu para pemilik rumah baru ketika berurusan dengan SAJ .




Rabu, 17 Oktober 2018

Buat Sendiri : Masalah MyTv E020 - Saluran Tidak Ditemui Bah.2

Kepada yang masih menghadapi masalah tak dapat siaran ketahuilah bahawa setakat ini memang ada terdapat kawasan yang terjejas dan pihak MyTV dah berhari-hari cuba memperbetulkan punca masalah.


Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak MyTV melalui laman web rasminya mytvbroadcasting.my terdapat beberapa negeri yang terjejas iaitu Sarawak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.

Untuk info terkini boleh melawat laman web di atas. Sekian info.



Selasa, 16 Oktober 2018

Cara buang Lemak dalam Badan

Ramai yang dah berjaya. Dulu gemuk gedempol sekarang dah kurus keding. Tapi...Pernah tak terfikir kemana hilangnya lemak-lemak dalam badan yang banyak-banyak tu? Dia keluar ikut mana?

Lemak, yang terkumpul bertahun-tahun dalam badan sebenarnya tidak dapat ditukarkan secara terus kepada tenaga dan ia juga tidak dapat ditukarkan kepada otot.

Kita sering gelar ia sebagai lemak jahat. Badan kita juga TIDAK dapat membuang lemak-lemak ini dari tubuh sebagai bahan buangan ketika di tandas. Jadi macam mana orang gemuk tu boleh jadi kurus kalau lemak tu tak dapat dibuang atau digunakan ?

Lemak dalam Bentuk Sel

Lemak adalah sejenis unsur yang tergabung hasil daripada cantuman beberapa sel yang membentuk "Triglycerides". 

Triglyceride adalah komponen utama yang membentuk struktur lemak manusia. Ia didapati wujud didalam darah , dan juga minyak yang keluar dari lapisan kulit. Pernah tengok kulit muka berminyak? Ya itu sebenarnya lemak badan korang.

Untuk menukar lemak kepada tenaga ia perlu melalui beberapa peringkat tindak balas kimia yang terjadi didalam badan supaya struktur lemak itu boleh dileraikan. 

Tenaga yang terhasil dari tindak balas kimia ini dapat digunakan oleh tubuh badan seperti tenaga ketika kita berjalan , memakai baju dan sebagainya.

Tetapi badan kita tidak dapat memecahkan sepenuhnya struktur lemak ini menjadi 100% tenaga. Bahan sampingan akan terhasil daripada tindak balas pemecahan lemak ini iaitu air dan karbon dioksida.

Lemak menjadi Tenaga, Air dan Karbon Dioksida.

Air, keluar daripada tubuh badan melalui sistem perkumuhan sebagai urin dan peluh. Tetapi, menurut satu kajian pada tahun 2014 yang dikeluarkan oleh British Medical Journal, mendapati bahan sampingan hasil daripada pembakaran lemak iaitu air dan karbon dioksida ini  sebenarnya keluar dari badan manusia melalui sistem pernafasan.

Ya...maksudnya lemak badan yang korang  gigih membakar tu sebenarnya hilang melalui nafas korang.

Karbon dioksida hasil daripada pembakaran lemak bergabung dengan karbon dioksida dari paru-paru dan akhirnya keluar sebagai nafas.

Begitulah hakikat betapa hebatnya tubuh badan manusia ciptaan tuhan. Membakar lemak sememangnya kerja yang memenatkan tapi ia sebenarnya semudah kita bernafas . Bak kata orang putih, Gone into the thin air.

Sabtu, 14 Julai 2018

Jawatan Kosong Micron Muar Malaysia


Jawatan kosong di Micron Muar, Malaysia.
Dari juruteknik , Engineer , sehinggalah ke level Manager.
Boleh Memohon secara online.


Selasa, 29 Mei 2018

Buat Sendiri : Masalah MyTv E020 - Saluran Tidak Ditemui

Kalau buka Mytv dan keluar error ni "E020-Saluran Tidak Ditemui". Jangan panik. Masalah ni senang je nak selesaikan.

Untuk kes saya mungkin sebab budak-budak kat rumah ni suka sangat main remote. Entah apa yang ditekannya . Bila abahnya nak tengok tv keluar pulak macam ni.


Kalau jadi macam ni. Kita cuma perlu pastikan tiada wayar pada decoder yang tercabut. Terutama wayar antena. Dan yang paling penting jangan pulak ambik tangga nak pergi goncang antena kat luar tu. Sebab masalah bukan pada antena.

Mula - mula ambik remote dan tekan butang Menu. Kemudian pergi ke bahagian "Mencari Siaran". Tekan OK. Kemudian pilih "Carian Automatik".

Pada skrin akan minta no Pin. Dengan menggunakan remote control Mytv taipkan "0000".

MyTv akan mula mencari siaran Tv dan Radio. Setelah selesai korang dah boleh guna MyTV seperti biasa.

Alhamdullilah. Suka tengok TV dah berfungsi kembali. Tak payah susah payah nak telefon orang datang betulkan. Mudah sangat. Semoga info ini membantu.

Buat Sendiri : Tangki air melimpah


Tangki air untuk rumah teres biasanya diletakkan di atas syiling. Tangki air diletakkan di tempat yang kukuh seperti palang kayu, simen  bumbung bilik air atau atas dinding rumah yang dibina daripada konkrit. Untuk gambar kat atas ni ialah air tangki rumah aku. Kat atas bumbung bilik air.

Untuk akses ke kawasan ini anda memerlukan tangga yang tinggi seperti 9 - 12 tingkat. Jika tangki berada di atas syiling maka carilah lubang syiling supaya anda boleh masuk ke atas. Lubang syiling biasanya berada di kawasan dapur atau di bilik tidur utama. Jika tangki berada di bahagian atas bumbung rumah maka anda perlu naik menggunakan tangga dari luar rumah.

Petanda awal tangki air melimpah.

Tangki air rumah berada di kawasan yang tersorok dan tinggi. Berikut adalah beberapa tips untuk mengesan jika tangki air bermasalah.

1. Bunyi air melimpah dari atas bumbung menitik jatuh ke lantai. Menunjukkan berlaku limpahan kerana tangki air telah diisi melebihi takat penuh . Pastikan tiada sesiapa yang menggunakan air dalam tempoh 10 minit supaya anda dapat mengesan bunyi air melimpah.

2. Bil air yang luar biasa. Jika masalah tidak dapat dikesan awal maka perhatikan bil air jika berlaku peningkatan jumlah bil yang luar biasa. Ini menunjukkan sama ada berlaku kebocoran saluran air paip dari meter air hingga masuk ke rumah ( Dalam tanah ) atau pun berlaku limpahan air dari tangki.

3. Pertumbuhan kulat hijau atau hitam pada syiling/bumbung batu.  Menunjukkan berlaku kebocoran yang disebabkan oleh air. Sama ada atap rumah sudah bocor atau pun limpahan dari tangki air. Percikan air juga boleh menyebabkan kulat tumbuh pada dinding.

Sediakan barang untuk langkah pemeriksaan.

Jika terdapat tanda-tanda seperti diatas maka bertindaklah segera. Masalah tangki air sebenarnya boleh diatasi dengan mudah tanpa perlu mengupah orang datang betulkan. Berikut adalah barangan yang perlu anda sediakan.

1. Tangga untuk naik ke atas bumbung/syiling. Kalau tangkinya atas bumbung sebelah luar maka kena ada 2 tangga. 1 untuk naik ke bumbung satu lagi untuk turun ke tempat tangki.
2. Inlet ( yang ada tangkai untuk pelampung ) . Berharga dalam RM16 ke atas. Pastikan saiznya betul. Biasanya kalau yang jenis besi tembaga tu saiz 1/2.
3. Spanar boleh laras - Saiz besar.
4. Pemutar skru - untuk umpil penutup tangki air.
5. Seal tape - untuk ikat pada ulir paip supaya air tak tiris.
6. Pergi tutup pili air masuk utama ke tangki - Biasanya ada di dalam bilik air. Tengok pada dinding bilik air yang ada pili bentuk bulat bungga. Pili masuk ialah pili yang paling rendah. Pulas ke kanan untuk tutup.
7. Inform semua orang dalam rumah supaya gunakan air sekarang. Sebab nak bagi air dalam tangki surut sikit. Nanti senang nak tukar inlet.

Cabaran Utama. GAYAT

Bila dah sediakan barang-barang tu maka bawaklah tangga nak naik ke atas. Pastikan tangga jenis terkangkang luas-luas dan tak bergoyang. Tak payah suruh orang lain tolong pegang. Nak elak gayat jangan tengok bawah atau sekeliling.

Dah Jumpa Tangki.

Buka penutup tangki dengan mengumpilnya guna skru driver. Korang akan nampak tadahan air korang yang confirm berkeladak. First tengok inlet yang ada pelampung tu. Kalau dia tenggelam dengan pelampung-pelampungnya sekali dalam air bermakna inlet tu dah tiris.

Suruh orang kat bawah buka balik pili air utama yang dalam bilik air tadi . Air akan mencurah masuk ke dalam tangki. Usik-usik pelampung naik turun untuk check . Sepatutnya bila sehabis naik atas air tidak akan mengalir ( inlet tutup ) . Jika ia menitis bermakna inlet dah bocor.

Jika inlet ketika itu terendam dalam air cuba dengar jika ada bunyi air keluar. Itu sebab korang kena kurangkan sikit air dalam tangki tadi sebelum nak naik atas bumbung tu.

Dalam situasi ini langkah terbaik ialah menukar terus inlet lama dengan yang baru satu set. Gunakan spanar boleh laras  dan pulas dari sebelah dalam tangki supaya inlet boleh tercabut keluar.

Selepas dicabut cuba check inlet itu apa masalahnya supaya korang dapat fahami. Untuk kes aku saluran keluar air tu dah sompek sedikit menyebabkan air menitis keluar. Sompek kerana karat air. Biasalah besi-besi paip memang senang terhakis sebab air ni membawa sekali keladak dan pasir.

Pasang inlet baru. Saiz kena sama. Untuk tangki air aku ni saiz 1/2 . Beritahu orang di bawah untuk buka semula pili air utama dan test. Inlet yang baik tidak akan melepaskan air walau setitik. Sekarang kerja korang dah selesai. Tahniah!!..untuk diri sendiri. Dah dapat pengalaman baru buat benda ini sendiri dan selamat duit dari mengupah orang.

Dan yang paling penting, jangan lupa selfie dengan tangki air tu sebelum turun ...kuikuikui.



Isnin, 28 Mei 2018

Aku masih main game Yoworld



Game Facebook paling lama pernah aku main. Start dari tahun 2009 sampai la ni 2018. Dah 9 tahun . Fuh lama betul main. Kenapa aku boleh tak jemu main game budak-budak ni ye.

Aku dapati aku ni memang dah ketagih dengan Yoworld ni lama dah. Sebab hari - hari aku ada rasa nak online FB semata-mata sebab nak main Yoworld. Kalau dulu nak main game FB cuma boleh guna PC je . Tapi sekarang dah senang . Dah boleh main guna Smartphone . Jadi apa benda game Yoworld ni?

Apa itu Yoworld?

Yoworld ialah social game dimana kita boleh berinteraksi sesama pemain lain di dalam sebuah dunia maya yang dinamakan Yoworld. Idea asalnya ialah untuk pengguna FB bersosial sesama sendiri sambil berinteraksi didalam permainan.

Secara mudahnya pemain akan diberikan satu avatar yang mewakili diri kita. Kita bebas mengubahsuai avatar ini mengikut kehendak dan daya imaginasi kita. Dari pilihan pakaian, gender, makeup, style rambut dan sebagainya. Avatar ini boleh bubble talk , bergerak dan melakukan pelbagai jenis action yang cute dan menyeronokkan.

Kemudian kita juga boleh melengkapkan avatar cute kita itu dengan menyediakan rumah untuk avatar ini tinggal . Dah macam main anak patung doll house tu pulak kan. Rumah itu pulak asalnya didatangkan kosong tanpa ada apa-apa hiasan dan perabot. Jadi pemain perlu menghiasi ruangan rumah dengan perabot dan segala macam benda yang boleh dibeli didalam permainan ini. Awas, kesemua perabot yang dibeli bukanlah percuma. Untuk itu pemain memerlukan matawang Yoworld.

Duit dalam dunia Yoworld

Pemain diberikan peluang untuk mendapatkan duit dengan "bekerja" secara maya.  Duit gaji yang diperolehi dapat digunakan untuk membeli segala jenis benda di dalam Yoworld. Yocash dan Yocoin adalah 2 jenis matawang yang digunakan. Aku sendiri dah menggumpul berjuta2 yocoin dan beribu-ribu yocash sejak 9 tahun bermain.

Ketagihan Bermain Yoworld

Pada awal ketagihan bermain Yoworld aku terpaksa mencipta beberapa account Facebook tambahan lain atas sebab nak cepat kaya kumpul duit yocoin. Aku ada 7 account di FB khas untuk main game ni je.

Mencipta multiple fake account di FB adalah salah. Menyelenggara kesemua fake account itu juga bukannya mudah . Penat dan memakan masa. Akhirnya aku terpaksa kurangkan fake account dan sekarang hanya gunakan 3 sahaja yang paling aku sayang sebab account2 ni dah maju dan kaya. Yelah tu kan.  Kaya dalam dunia maya bukanlah hakiki.

Kerana cinta pada Yoworld aku ciptakan juga satu fan page di FB dinamakan Yowolrd Malaysia. Setakat ni tak ada orang lain yang like page itu selain diriku hahahaha. Membuktikan game ini tak terkenal langsung bagi pengguna-pengguna Malaysia dan Asia.




Berbaloi ke main game ini?

Memandangkan game ini free tanpa kena bayar apa-apa maka ia menjadi salah satu sebab mengapa aku masih bermain. Walaupun usia aku dah semakin lanjut. lagipun nak mendapatkan matawang maya di dalam game ini tidaklah sesusah mana. Aku masih boleh berhibur seperti pemain mat salleh lain yang lebih kaya-raya asalkan aku rajin mencari yocoin. Pendek kata tanpa membelanjakan sesen pun duit aku masih boleh menikmati permainan ini.

Di dalam Yoworld pemain juga boleh berdagang dengan berjual beli barangan milik kita kepada orang lain. Berdagang adalah salah satu sebab bagaimana pemain dapat menjadi kaya.

Minat aku pulak memang suka kepada game yang decor-decor ni. Lagipun ia lebih mudah berbanding game-game lain yang pernah aku main . Macam game yang nak kena lawan sana lawan sini. Atau multiplayer game yang menuntut pemain sentiasa berjaga-jaga 24 jam sehari kalau takut kena serang. So pada aku memang kena lah game Yowolrd ini dengan citarasa aku.

Pada pendapat aku yang telah bermain 9 tahun ini. Yoworld adalah satu tempat yang penuh magis, seronok , boleh relekkan minda, menajamkan kreativiti dan skill bersosial. Tetapi ia juga agak bahaya kerana anda terdedah kepada pelbagai jenis pemain dari seluruh dunia dengan bahasa-bahasanya yang suka cari gaduh. Game ini juga dijamin akan menyebabkan ketagihan dan membuang masa. 

Nasihat Aku sebagai pemain

Nasihat aku jika mahu bermain apa-apa game online janganlah melampau sehingga membazirkan masa. Cukuplah sekali sehari atau lebih elok main untuk satu jangkamasa kemudian berhenti terus bila ada rasa macam nak bosan.

Memang tak susah mana pun kalau nak berhenti dari main game. Sebab aku pernah melaluinya. Antara game-game ketagih yang aku pernah main dulu sebelum berhenti ialah seperti Travian, Age Empire, Pharoah, X wing Vs Tie Fighters, Star Wars, King Quest 5, Settlers,  4 Empire, Last Day on earth dan macam-macam lagilah.

Akhirnya semua tu aku dah tinggalkan . Ingatkan kalau tak dapat main mungkin aku tak boleh move on kot. Tapi itu hanyalah persepsi sendiri je. Tapi masalahnya lepas aku tinggalkan game-game tu semua biasanya aku automatik tercari cari game lain pulak. Sebab nak mengisi kekosongan masa yang ditinggalkan sebab tak dapat main game. Hmmm....

Akhirnya sekarang cukuplah aku relek dengan Yoworld je. 3 kali sehari aku online. Hahaha

Kalau korang nak bersahabat boleh join ok. LIKE Yoworld Malaysia.


Jumaat, 18 Mei 2018

Buat Sendiri : Enjin Proton SAGA FLX tak boleh start

Kisahnya enjin kereta SAGA FLX tak boleh start. Di bawah ni senarai ringkas apa yang korang kena buat untuk mengenalpasti punca masalah.

Cara Check bateri OK ke tidak

Mula-mula masukkan kunci kat tempat lock tu. Pulas ke kanan satu kali kita akan nampak lampu-lampu kat panel akan menyala dengan macam-macam alarm keluar. Ini adalah normal. Jangan gelabah dan jangan panik.

Pulas ke kanan lagi untuk start enjin. Jika masa ni enjin kereta tak mahu hidup dan ada dengar bunyi macam bunyi cicak " Tik...tik...tik..." berturutan bermakna bateri kereta dah lemah. Kalau kena macam ni korang kena buat jumper pada bateri untuk hidupkan enjin. Bila enjin dah start jangan matikan sebaliknya terus drive ke pusat service untuk beli bateri kereta baru. Kalau korang matikan jugak nanti kena buat jumper lagi sekali. Hayat bateri kereta sel kering biasanya setahun lebih je. Jadi lepas ni pastikan korang tanya mekanik tu bateri kereta ok lagi ke tak setiap kali korang selesai hantar servis kereta. Biasanya kalau tak ditanya dia pun tak cakap.

Bateri OK tapi enjin masih Gagal dihidupkan.

Kalau tak ada dengar bunyi 'tik tik tik' tapi enjin masih tak nak hidup juga bermakna bateri kereta korang sebenarnya ok tak ada masalah. Jadi sekarang cabut keluar kunci kereta dan periksa keadaan kunci tu sendiri jika ada kerosakkan. Contohnya jika plastiknya dah pecah atau skru tertanggal.

Kalau korang nampak kunci kereta tu dah pecah atau casingnya boleh terbukak kemungkinan besar cip immobilizer dalam kunci tu dah terpelanting jatuh. Rupa cip tu kecik je macam dalam gambar ni.



Tanpa cip kecik ini enjin kereta korang memang tak akan dapat dihidupkan . Cubalah cari kat tempat simpan kunci tu kot kot ada. Kalau tak ada juga korang tak dapat buat apa-apalah. Kena towing kereta pergi pusat servis.

Terpaksa Towing kereta.

Untuk towing free je tak payah bayar. Cuma call je pusat insuran kereta korang nanti diaorang yang akan hantar tow truck tarik kereta pergi pusat servis. Pusat servis pula akan gantikan cip yang hilang tu dengan cip yang baru . Harga cip siap programming adalah RM44.85. Kalau nak tukar kunci baru satu set lagi lah mahal boleh jejak RM300.

Selasa, 13 Februari 2018

Sakit Batu Karang



Sedikit perkongsian Ilmu dari kuliah Mahgrib yang disampaikan oleh Ustaz Dato Zakaria tadi. 

Beliau menceritakan mengenai kisah seorang sahabatnya yang diuji dengan sakit batu karang. Hanya bertahan dengan pengambilan ubat hospital, lama masanya. Sehinggalah suatu hari dipertemukan oleh Allah dengan seorang India semasa keluar dari hospital selepas diberi tempoh sebelum buat rawatan  tembak batu karang, dalam bersembang dengan India tadi, dia bagitau ubatnya mudah saja. Kalau tak hilang awak potong tangan saya, iaitu: 

*Ambil daun kekabu yang tua; rebus dan minum airnya*

Tanpa pengharapan kawan Ustaz tadi membuat sebagaiman yang disyorkan oleh India tadi.

Subhanallah memang keluar batu karang. Bila sampai masa ke hospital untuk rawatan, doktor pening kerana tiada lagi batu karang.

Kawan Ustaz ada memesan agar diceritakan petua ini kepada sesiapa yang ditemui. Semoga manfaat kepada sahabat2 lain.

Semoga bermanfaat.

Rabu, 3 Januari 2018

Full Instalment pinjaman kereta.

Kereta aku jenis Saga Flx SE tahun 2012. Masa beli dulu RM44.5k. Tapi sekarang tahun 2017 harga market dia dah jatuh jadi 13k je. Bermakna setahun harga dia jatuh RM6.3K.

Sedih sungguh. Baki pinjaman dengan Maybank masih lagi berbaki 20k. Hutang lagi mahal daripada harga kereta. Bulanan aku bayar RM520. 

So aku nekad nak bayar habis pinjaman kereta Saga aku ni yg masih berbaki 20k. Istilah bank untuk bayar habis pinjaman kereta ialah Full Instalment. Mula-mula ini yang aku buat.

1. Check baki loan kereta ada berapa lagi tinggal. Kalau dengan Maybank kita check guna Maybank2u.com. Login masuk lepas tu pergi bahagian "Loan" . Pilih bahagian "Hire Purchase". Disini boleh semak baki pinjaman loan kereta masih berbaki berapa. So dari sini aku dapat tahu loan ada lagi 20k nak kena bayar. 

2. Pergi Maybank. Mana-mana cawangan pun boleh. Pergi bahagian insuran atau benda2 yang kena mengena dengan kereta. Jumpa pegawai yang ada kat situ. Beritahu dia aku nak buat full instalment. So dia akan semak berapa baki nak kena bayar. Check-check dari 20k aku cuma perlu bayar RM18.8K je kalau bayar hari ni. Perbezaan harga tu disebabkan dah tolak interest lebih kurang 4 tahun lagi yang dapat dijimatkan kalau buat full instalment ni. Pegawai bank tu isikan borang masuk duit 18.8k dan mintak aku ke kaunter biasa. Ambik nombor. Tak perlu bawa geran kereta atau apa-apa. 

3. Borang yang dia bagi tu borang masuk duit. Sedangkan duit aku untuk bayar loan ni ada dalam akaun saving. So aku ambik satu lagi borang untuk keluarkan duit. Lepas isi borang tu bagi kat kaunter kedua-dua borang tadi ( borang keluar duit dan borang masuk duit ). Aku cakap aku nak keluarkan duit dari saving ni masuk dalam akaun loan ni. Aku nak buat full instalment. Pastikan kalau korang ada buku bank bawak sekali buku sebab urusan di kaunter perlukan buku tu. Kalau jenis yang tak ada tu bawak Mykad je cukup.

4. Selesai. Kejap je buat benda ni. Aku pun balik dengan hati yang rasa ringan je. Kat rumah aku check balik Maybank2u dan didapati bahagian akaun loan kereta aku dah tak ada. Alhamdullilah. Kurang satu bebanan hutang aku. Dapat jimat RM1.2K lagi.

Sekian.