Jumaat, 27 Ogos 2021

HALO Internet bukannya Unlimited seperti yang disangkakan

 Aku langgan internet dari HALO pakej RM48/sebulan selepas diberitahu yang kononnya internet dia unlimited. Ini pakej dia.


Sejak guna memang best semuanya laju. Berbaloi dengan harga bawah RM50. Boleh guna satu famili. Aku letak sim card dia dalam portable wifi biar senang budak-budak nak online buat kerja sekolah. Tahulah time PKP ni semua benda cikgu suap guna online. Budak-budak tahu apanya yang susahnya mak bapaklah yang kena bekorban masa, tenaga ajar anak-anak kat rumah. Kerja sekolah tu 95% mak bapak yang jawabkan sebenarnya. 

Pembelajaran online lah konon. Memang tak sesuai untuk budak-budak sekolah darjah satu, dua, tadika. Kerja dia banyak tengok video youtube, main game cikgu bagi, print kertas itu print kertas ini, upload gambar, tengok whatsapp, tengok Telegram dengan segala macam mak nenek. Cikgu yang ini nak guna app yang ini. Nanti datang lagi cikgu manje lain nak guna apps lain pulak. Aje giler. 

Anyway disebabkan penggunaan data yang luar biasa sempena PKP yang dah masuk dua tahun ni akhirnya buat julung-julung kalinya jejak jugaklah penggunaan data sampai 100G.


Bila jejak je 99.99G internet dah mula slow se slow-slownyer. Sampai dah tak boleh nak buat apa. Rasanya lagi teruk dari zaman dial up JARING dulu. Tahun dah 2021 tapi ada lagi istilah internet slow ni. 

Aku pun belek-belek lah apps HALO tengok kot-kot boleh topup ke apa ke bagi dia laju balik. Budak-budak nak buat kerja sekolah dah tergendala gara-gara internet habis. Kata unlimited tapi rupanya sampai 100G je unlimited nya. Lepas tu dia jadi hidup segan mati tak mahu. 

Tak tahu nak buat apa tapi ada option adds on kat situ. Aku sangkakan yang ni boleh tambah data lah kot. RM3 untuk 5G hotspot. Aku pun belilah. Bila dah siap internet masih lagi slow. Jadi adds on RM3 aku tu burn macam tu jelah. Rasa rugi dah le kena tipu unlimited. Kena tipu adds on RM3 lagi. Oh dunia, dunia. 

Nak tak nak kena tunggu next monthly renewal lah gamaknya. Jadi kesimpulannya seperti yang terjadi kat aku ni internet HALO yang kononnya unlimited tu sebenarnya untuk 100G pertama memang laju tapi lepas tu dia punya slow macam kau duduk kat Senegal. Sekian.