Rabu, 27 September 2017

Cara Batalkan Pinjaman ASB Maybank

Batalkan pinjaman ASB dari Maybank mudah je sebenarnya. 

Aku ada buat pinjaman dari Maybank untuk ASB sebanyak RM50k. Akhir-akhir ni aku tengok dividen ASB dah tak berapa  nak memberangsangkan. Tambah pulak interest dari pinjaman Maybank tu tiap-tiap bulan bukannya sikit.

Itu belum kira lagi bebanan hutang peribadi macam kereta dan rumah yang perlu dilangsaikan .Maka setelah berfikir semasak-masaknya langkah menamatkan pinjaman Maybank ini adalah langkah terbaik.

Ok. Kat bawah ni ialah apa yang aku lakukan untuk batalkan pinjaman ASB Maybank ni:

1. Sebelum pergi bank. Mula-mula mesti bawa Mykad. Dan tulis nombor akaun pinjaman ASB atas kertas. Kalau tak ingat nombor akaun pinjaman tu tak apa sebab pegawai bank tu boleh juga check guna Mykad. Lepas tu pergilah ke mana-mana cawangan Maybank. 

2. Tanya kat kaunter front desk tu cakap nak tamatkan pinjaman ASB kat mana. Dia akan suruh kita pergi jumpa pegawai. 

Then pegawai bank akan check status akaun pinjaman tu seperti ada berapa byk baki, berapa yg dah terlebih bayar, ada tunggakan ke tak dan sebagainya. Untuk kes aku ni aku dah terlebih bayar dalam RM4K. 

Dia akan explain jikalau aku tamatkan pinjaman ni sekarang so aku akan dapat balik lebihan dalam RM9k gitu. Memandangkan masa buat pinjaman ni dulu jumlah totalnya lebih dari 30k so penamatan akan ambil masa dalam 3 bulan untuk diproses. Sebab ada department lain yg akan uruskan kes pinjaman lebih 30k ni katanya.

3. Masa ni Pegawai bank tu akan cuba sedaya upaya untuk  pujuk aku supaya tak menamatkan pinjaman . Untuk kes aku ni dia kata awak ni dah terlebih bayar RM4K . Sekarang ni dah nak hujung tahun. Why not awak tunggu je sampai tahun depan kalau nak tamat pun . Since awak dah ada advance byk ni so tak payah bayar bulan-bulan lagi sampai la tahun depan. Nanti you akan dapat dividen ASB in full . Bila dah masuk tahun depan nanti baru you datang balik sini dan mohon pembatalan. Begitulah katanya.

4. Cakap dengan jelas yg keputusan menamatkan pinjaman ni adalah muktamad. Aku beritahu alasan yang aku dah tak nak hutang2 lagi dah. Banyak  komitmen dan benda nak dibayar. Dividen ASB pun sikit. Kalau batal, duit tu nanti aku nak guna untuk benda lain.

Dah nekad dengan alasan mcm tu baru dia akan hulurkan borang yang nak kena isi nama , tarikh dan tandatangan. Dalam borang tu kita tulis sekali alasan kenapa nak tamatkan. Aku tulis dlm Inggeris "Use the money for other investment".

Sambil time aku dok mengisi borang tu dia akan pujuk lagi. Katanya rugilah bumiputra tak buat ASB. Mcm2 faedah dpt. Aku malas nak layan aku ckp sy sebenarnya nak guna untuk beli emas. 

Ha? You masuk skim emas2 tu ke. Acctually I tak yakin dgn skim2 ni. Penipu je lebih. Dah ramai yg kena bla bla...aisey panjang plk ceritanya.

Aku ckp eh tak la..sy masuk Public Gold. Jadi dealer . Dah 3 tahun jln ok je...then dari situ lagi panjanglah pulak boraknya.

4. Dah siap semua aku serahkan borang tu kat dia. Dia tanya lagi muktamad ke ni? . Eh iyer le muktamad. Then dia ajak pergi kaunter front desk tu. Check cap jari guna scanner Mykad tu. Then bila dah scan ibu jari tu kira siap dah . Boleh balik. Aku ucap lah terima kasih good bye kat pegawai tu.

So sekarang bulan september 2017. So tunggulah dalam masa 3 bulan ni. Baki 9k tu akan terus didebitkan dalam akaun saving. Dia tak akan bg makluman melalui email atau mesej just rajin2 lah check je.

124 ulasan:

  1. Pada 1 Nov 2017. Akaun pinjaman ASB Maybank saya dengan rasminya telah dipadamkan.

    Check dalam Maybank2u bahagian loan tengok loan ASB dah tak ada. YES!!

    check dalam account saving pula ada tambahan RM10K. Dengan info katanya full settlement of ASB loan.Alhamdullilah.

    Pada 10 Nov 2017 pula dapat surat penyata dari ASB berkenaan jumlah dividen yang dikira sampai 1 September 2017. Didapati dividen sangat-sangat kurang kerana tiada lagi penambahan dividen dari sijil 50k Maybank.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bulan october 2017 perlu buat pembayaran tak?

      Padam
    2. Start ambil asb loan ni bila ye?

      Padam
    3. Sy dh terminate loan awal mei .Tapi smpai skrg ada lg n surat dtg suruh byar asb loan.

      Padam
    4. dah dpt lum baki duit dari terminate loan tu...

      Padam
    5. Assalamualaikum...duit tak boleh dapat hari tu juga ka?

      Padam
    6. 2/1/2019 jual balik asb sebab ada masalah tertentu saya buat loan pinjaman 15k 8tahun genap 3 tahun saya bayar asb ... berapa saya akan dapat lebihan asb tu

      Padam
    7. nk bertnya saya dh terminate loan asb.dpt blk ke duit yg kita bayar tiap2 bulan tu?

      Padam
    8. Hi sis.. Berapa lama duit akan dimasukkan ke dlm acc kita?

      Padam
    9. Sye ad buat loan asb maybank.msuk thun ni baru 2 thun.sye buat untuk 5 thun klau sye trminate adakah duit sye akn dpat balik

      Padam
    10. nak tanya,saya belum sampai setahun buat pinjaman asb,start bulan 1,n sekarang bulan 10,saya nak stopkan boleh ke?rugi ke?

      Padam
    11. cik saya nak tanya sedikit berkaitan asbf ni boleh cik pdm saya di massenger (Deaker Aca).. terima kasih cik

      Padam
  2. Tak. Sebab sy ada extra terlebih bayar 4K.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum, nak tanya,,masa nak terminated tu, pihak bank akan mintak kita buat surat sebab ke? Atau surat2 tu semua daripada pihak bank??

      Padam
    2. Walaikumussalam .Tak perlu buat apa-apa surat. Cuma bwk Mykad dan bwk diri je .

      Padam
    3. dah berapa lama baru nk terminate laon asb ni?pastu dpt 9k ni...

      Padam
    4. Saya pun baru tamatkan asb loan dgn bsn.. Hantar surat melalui email pada 19/11 kpd customer care.datang ke bank kena suru tungu hq call dah 2minggu tak ada yg call.. 27/11 dah clear dkt myasnb.email ke bsn.. Pembatalan telah berjaya dilakukan pada 6/12.tapi check akaun tak ada refund.. Ambil masa kot

      Padam
  3. salam..dapat full refund ke yang terlebih bayar 4k tu?

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. nak nombor phone ko bleh tak..aq nak tanya lagi ni...sbb aq pon kena senasib mcm ko ni

    BalasPadam
  6. Mcm sy buat loan asb mybank start 2016..skrg dh 2018 hampir 3 bulan sy xbyr loan..sy nk jual balik..akn kna penalti x sbb sy ada xbyr beberapa bulan tu..sy loan asb 40k je..dh xmmpu nk byr tiap2 bulan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau awk nak terminate,sblm 3bln...kalau x,automatik loan tu dibatalkan...tu je yg sy baru dpt tau....

      Padam
    2. Yang awak sengaja x bayar 3 bulan tu akan masuk rekod ccris. Kalau nak buat loan lain in the future akan menjadi sukar

      Padam
    3. assalamualaikum tuan. saya loan asb baru satu bulan. kalau saya nk berhenti macam mana cara nya ye?.
      mohon pencerahan tuan.

      Padam
    4. Assalamualaikum..sy bru buat loan april 2018..boleh ke klu sy nk stop loan april 2019 ni..mohon pencerahan

      Padam
  7. Assalamualaikum. Kalau nak terminate ASB tetapi ada tunggakan 1 bulan boleh ke? Atau perlu saya bayar tunggakan dulu baru terminate ASB? Saya buat loan 50k, bayar rm310 sebulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam kes saya,tunggakan 1 bln xjadi masalah. awk boleh trs terminate jer ASB loan...xprlu byr ape2 pun.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Alhamdulilah...7 Aug 2018,amount sudah dkreditkan ke akaun saving.

      Padam
  8. Aslm. Boleh saya tahu berapa lama bayaran balik selepas kita terminate? Saya baru saja terminate mggu lepas. Kata pegawai bank ambil masa dlm 1bulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira dlm 1 bulan la. Saya terminated 9/7/18. Bayaran balik,masuk ke akaun saving saya 7/8/18.

      Padam
  9. Assalam saya nak tanya..kalau saya buat loan ASB 64k tahun 2016..saya tak bayar dah 6 bulan lebih..ada cas penalti ke?boleh ke terminate?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukankah dah automatic terminated kalau x bayar lebih 3 bulan? Baik call bank tanya status loan awak tu

      Padam
    2. Yg saya tahu kalau lebih pada 3 bulan dya akan terminated...

      Padam
  10. Maybank loan ok je.. servis juga baik dan mesra. Time nak jual balik asb.tak sampai 15 minit siap. Cuma kena tunggu payment jak lama skit.

    BalasPadam
  11. saya baru buat asb. 50k. sebelum ni xde komitment ape ape. sebab nk beli rumah. so, skng kalau saya nk batalkan asb loan mcm mana yee. sebab belum start bayar lagi. dia kata bayar bulan 9. boleh cancel tak asb??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  12. Saya ada tunggakan 2 bulan. Kira nk cancel loan dh ni, still kne byr tunggakan dulu ke or x payah?

    BalasPadam
  13. Saya baru terfikir nk terminate asb nie....saya ambik 200k.... bermula pd tahun08.01.2015.... terfikir nk jual balik asb nie...x mampu dh nk tggu 25 tahun lagi dri tarikh d atas...byk nk byrlah... agak2 boleh dpt berapa yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. puluh riban jugak lah, jgn lupa claim mrta

      Padam
  14. Saya baru ja terminate loan asb lps raya hari tu. 25/7/18 tgk dlm.acc dah dpt blik. Tp msa proses tu sya tetap kena byar mcm biasa. Cuma sedikit keraguan sbb mungkin juga sya x bca syarat bg habih kot. Saya buat loan tahun 2010 sebln byar rm104. Buat 15k ja. Tp saya dpt blik dlm 4k++ ja. Kenapa mcm sikit sgt sedangkn byar lbh dr tu. Ada yg tahu tak?

    BalasPadam
  15. Asalam....nak tny nie...saya dah stop loan asb 2 minggu lepas tp tgk loan maybank still ada lagi...kena bayar utk bulan depan....kiranya stop asb tu berapa lama...

    BalasPadam
  16. knp ye ramai yg nk stop loan asb?byk yg baik atau buruk ye?br nk apply loan asb ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh x sy nk minta pendapat.tq

      Padam
    2. sbb most mereka spend dividen lepas tu x de duit nak byr instalment. Siap asingkan dulu payment utk 1 yr, guna yg lebihan shj. tp byr monthly bukan one yr sekaligus

      Padam
    3. Klau bayar one year trus xok ke sis

      Padam
    4. Saya buat 50k...tiap2 tahun rolling je duit dividen... Mmg xde rase la nak bayar tiap2 bulan...

      Padam
    5. saya nak terminate loan asb dgn maybank & nak survey bank lain utk buat loan asb cz x puas hati dgn layanan pegawai.ada bank lain yang bleh suggest pd sy tak?

      Padam
    6. Sy pun nak terminate asb. Dah beralih ke Enrich Gold. Pulangan pun sedap. Yg penting patuh syariah. Nak tau lebih lanjut boleh je sembang2

      Padam
    7. sbb dulu untung kalau buat maksimum tempoh dia. skrg hampeh kena topup duit sendiri pula nk byr loan. mcm aku buat loan asb2, dividen tahun ni boleh 8k je. ak punya loan 1100 sebulan. means ak kena topup rm5k untuk total payment tahun ni. which kalau kite kire2 pun, kalau aku continue bayar loan ni smpai 30 tahun kemudian, tak untung sgt, if katakan dividen sekitar spt beberapa tahun ni. jadi aku might boleh dlm 30k je. tak berbaloi nak tunggu 30 tahun untuk 30k. kalau dividen drop lg, nk2 sbb covid19 ni, mampus mmg tak untung langsung la kot. bank je yg untung sbb dia boleh roll duit kite

      Padam
    8. Mcm sy aritu nak hntikn asb nie d mybank.. Bt dlm 30k tiap bulan bayar 186 sbulan.. Tp bila nak behnti asb dpt dlm 1klebih jew.. Bt dlm 30k selama 25 tahun.. Bayar dha 5tahun dhaa 1k lebih jew dpt mmg mcm tu ket

      Padam
  17. Loan saham tertunggak 4 bulan. .Adakah automatik terminated ke.terima kasih

    BalasPadam
  18. Selain dari full settlement yg dijreditkan ke saving account..akan dpt juga insurans kan?boleh explain sikit part insurans tu tak?thanx.

    BalasPadam
  19. Asalam nak tanya. Saya plan nak terminate loan ASB dalam bulan ni. tapi terfikir why not saya tunggu sampai hjg thn dpt dividen terus terminate. noleh ke mcmtu? saya bayar loan ASB ni rolling balik duit dividen. Ada dpt apa2 duit x klo terminate?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam..kalau nk terminate bulan ni xde masalah..dividen still akan dapat tetapi untuk bulan 1 sampai bulan 7 sahaja..

      Padam
    2. Saya pown nk terminated juga loan asb ..saya tunggu tahun depan.

      Padam
  20. Assalamulaikum tuan,kalau bulan nie,tarikh saya ber"ASB" da 2tahun 10bulan..boleh ke sy terminate?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.
      Kalau dulu loan kurang dari 3 tahun Maybank kenakan penalti. Tapi sekarang 2018 sy tak pastilah utk loan ASB. Sekarang ni sy baru buat loan Rumah guna Maybank dah tak ada tempoh penalti.

      Padam
    2. Salam Tuan Muhammad Reza..boleh tanya berapa penaliti? sy buat loan asb start Nov 2016 dalam kontrak 3tahun tapi sy nak terminated loan Asb January next year selepas dividen kuar..sepatutnya abis kontrak Nov 2019

      Padam
  21. full settlement pnye da dapat 22 July 2018..da sebulan lebih xmasuk2 pun insurans..tengah tunggu nie...xtaw bile nk masuk

    BalasPadam
  22. As salam tuan... Sy joint loan ASB ni bln september 2016 sebanyak 150k. Setakat ni ada tunggakan 2 bulan. Sy nak terminate loan ASB ni, adakah sy perlu byr apa2 @ akan ada lebihan bayaran? Mohon pencerahan tuan..tq.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum tuan...sy ada buat loan asb rm200k bln 6 2015...habis tahun ni 3tahun setengah...dividen sy guna..n bulanan sy byar seperti biasa rm1240...agak2 berapa anggaran boleh dapat terminate blan 1 ni?

    BalasPadam
  24. Salam, saya nak tanya, kalau saya nak start bayar bulan 4 2018 tapi saya nak tamatkan asb. boleh ke atau saya perlu tunggu sampai hujung tahun atau bulan 4 nanti?

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum saya baru je terminate 2/9/18 agakx berapa lamanye dia proses

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalailumussalam. Kalau loan lebih 30k jadi kurang 3 bulan dah settle.

      Padam
    2. Dkt 3 bln baru settle..sy ritu dah dkt 2 lbh x dpt duit lg..sy call maybank.rupanya diorg peram borang sy.lepas dari sy call dlm 2 minggu duit masuk..

      Padam
  26. Sy pn tfikir nk terminate loan asb...byk komitmen😣 tp rase2 mcm nk tggu lps dpt dividen. Klu sy buat loan bln7 2016, agk2 ada apa2 byrn x incase nk terminate bln2 nxtyer?

    BalasPadam
  27. Klu kita dh jual balik asb kita,layakkah kita dpt lg dividen y awal tahun depan punya..?sy dh jual balik asb bulan julai itu hari..mohon pncerahan ye..

    BalasPadam
  28. Salam sy dah loan asb maybank dari bulan April 2013.loan 10k selama sepuluh tahun..sekarang tinggal 5tahun lagi..ada plan nak terminate.kalau terminat sekarang agak2 berapa sy dapat balik ye.?

    BalasPadam
  29. Salam.. Sye dh terminate pada 20.8.18.. Tp balance dividen sye xdpt smpi skrg.. Mcm mne? Ble blh sye dpt?

    BalasPadam
  30. Salam.. Sye dh terminate pada 20.8.18.. Tp balance dividen sye xdpt smpi skrg.. Mcm mne? Ble blh sye dpt?

    BalasPadam
  31. Sama laa , sy terminate 27/8/2018. Tapi sampai hari nie duit lebihan tu x dapat2 lagi. Ada yg ckp sebulan dh boleh dpat , nie dah lpas sebulan bayang pun takde lagi. Hahahaha , serius pening kepala dibuat nya. Sbb urgent nak guna untuk hal penting. 💆💆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dpt duit ke belum bang?sy pon terminated bln 8 ritu.skrg bln 10 pon x dpt lg ni

      Padam
  32. Kenapa setiap persoalan tidak ada yang jawab???pelik

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb sume yg kt sini bermasalah bkn penyelesai

      Padam
  33. Assalam/ slmt ptng.sy nk tny sy nuatloan 50k.skrg 4 tahun usia pinjaman.bolehkah sy terminated dan berapa sy akn dpt.kerana madalah peribadi.senang ckp xmampu byr lagi kerana masalah kesihatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rujuk bahagian lock In Period dalam agreement masa sign dengan bank dulu. Salinan agreement ni biasanya bank ada hantar dengan pos ke rumah. Semak dulu tempoh lock in period ni sama ada 3 atau 5 tahun supaya awk tak kena caj exit penalti.

      Padam
    2. Muhamamad reza sy nk tanya skit brapa lama awk buat loan asb slps terminate pulangan mencecah 9k..mohan batuan

      Padam
    3. Lebih 5 tahun .Pulangan selepas terminate bergantung kepada berapa byk terlebih bayar. Jika ada .

      Padam
  34. Saya terminate 2/9/18 loan 20k tp sampai skrg tak dapat lg duit. Saya buat loan ASB dgn mybank dulu

    BalasPadam
  35. Salam encik. Boleh tak saya nak no phone encik skrg. Urgent ni nak tanya pasal pembatalan ASB ni please. Tak mampu nak bayar. Boleh beri kepada email saya.

    BalasPadam
  36. assalam.tumpang tanya.sy buat pembatalan 21/9/2018....utk bulan 10 perlu bayar tak? dan sehingga kini masih belum settle lagi duit xde masuk pun..buat urusan di maybank..tq

    BalasPadam
  37. salam.. tumpang tanya, saya ada buat 30k ja.. dah hmpir 3tahun.. klau sya terminate, kena bayar apa2 x?

    BalasPadam
  38. lagi satu, kalau kita buat loan di maybnk cawangan lain, boleh ke kita terminate dekat cawangan lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh.mcm sy la.cuma leceh la sbb melibatkan 2pihak..pulangan dia sama je dpt

      Padam
  39. apa maksudnya terlebih bayar? saya buat asb loan dr tahun 2004 tuk 20 tahun.. for amount 40K.. sbb masa tahun 2004 masih baru and interest tinggi.. so masih bayar sampai skrg RM300++ tiap bulan. bila check yg loan terkini rasa ruginya jumlah bayaran yg sama tp dpt loan yg lebih..

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum... Tumpang tanya boleh ke Jika Sy nak terminate asb pada disember 2018 .. Biasanya ptgan loan dibuat pada 1 hb... Jadi Berapa hb perlu sy ke bank utk mbuat terminate.. Dan bagaimana pula dgn Bayaran asb bagi January 2019.. Perlu bayar lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy pon nk tnye mcm tu.. huhu pliss sorg explain hehe

      Padam
  41. Spe yg xbyr asb n xpnh pegi maybank utk terminate? Mcm mne ad x pihak bank col, surat sampai x?

    BalasPadam
  42. Salam, sbg contoh jika dah terminate pinjaman asb dgn bank pada bulan 9 tahun 2018, adakah kita akan dpt dividen bg tahun 2018?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salamm...bang dividen 2018 abg dpt tak walauu dah terminate awal

      Padam
  43. Saya nak tanya,sy masih ade tunggakkan asb selama 2 bln,masih layakkah sy mendapat dividen penuh atau sebaliknya.

    BalasPadam
  44. mcma nak tau kita lebih bayar ke tak...bayaran bulanan 180 da bayar slama 5tahun...duit dividen semua da bagi keluar...buat loan 30k...rasany di sini ada lebih bayar ka tidak ya...

    BalasPadam
  45. salam... saya dah buat loan asb maybank sebanyak 30K ikat 25 tahun.Sekarang dah 5 tahun.kalau saya nak surrender adakah saya rugi atau untung?dividen tiap2 tahun saya keluarkan,terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terminate ke?sbb saya plan nak terminate tapi dividen tiap2 tahun ambil...masih dpat value ka

      Padam
  46. salam...saya buat loan asb dgn maybank mula januari 2014 & ingin terminate pd thn 2019 ni.utk thn 2019 ni sy dh byr pinjaman.saya bayar lunsum setahun trus.total pinjama 200 k utk 25 thn.mulanya tak terfikir langsung nak terminate tp ms awl bulanhari tu masa sy nk g bayar pinjama saya dimarah oleh pegawai sebab minta tlg dia check total tahunan yg perlu sy bayar utk thn ni.kasar btul cara dia cakap.l

    BalasPadam
  47. Salam saya ada buat loan asb dgn rhb pada tahun 2011 rm30k , januari 2019 saya buat keputusan utk terminate, kerani tu cek ok ada la dapat arround rm5k cam tu dan tunggu 2 minggu katanya masuk dalam asb , now sampai skg belum dapat respon dari bank.. Apa perlu saya buat . Buntu..

    BalasPadam
  48. Sama la sy... Br dlm tgh bln ni sy terminate.. Pnjm 30k dr 2014.sy pon tgh tgu

    BalasPadam
  49. Maaf saya nak tanya. Saya buat loan 30k tahun 2016 saya termintd Jan 2019. Bayaran balik dapat rm74. Betul ke ?

    BalasPadam
  50. Salam..saya suda 3 bln tak bayar laon asb..bila dtg ke bank..pegawai cakap laon saya suda pihak bank jual..apakah saya langsung tak dapat walaupun satu sen?

    BalasPadam
  51. Sy buat asb loan 2012..plan nk terminate 2019..adakah sy akn dpt lebihan bayaran..(189/month)mohon pencerahan..

    BalasPadam
  52. Berapa lama nk tunggu duit masuk acc bila kita terminated loan asb maybank?? 3/1/19 terminate sampai skrg tak masuk lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi Hanna, nak tanya dah dapat ke pulangannya dan berapa bulan menunggu? sy baru jer terminated loan ASB pd penghujung bulan 7 hari tu..

      Padam
  53. SAYA BuaT 30K 25 TAHUN dari 2015, terminate feb 2019.PEGAWAI TU TAK ADA CAKAP DAPT BERAPA.TPI DIE KATA AROUND 1600 .tapi tk tahu la.nk tgu duitnya dapat ..lama

    BalasPadam
  54. assalam,sy nk tanya..sy buka loan asb dgn maybank sept 2009,sebanyak rm20k untuk 15tahun..jikalau sy nak terminate skrg,agak berapa yg sy boleh dpt ye..dan berapa lama proses untuk pulangan blik duit kita tu ye..tksh

    BalasPadam
  55. Nk tnya saya dh 3bulan tertunggak lps Tu pihak Maybank dh serahkan pada lawyer untuk menguruskan tunggakan mcm mna Ye nk selesai Kn tapi saya blum isi borang Yg penjualan Tu mohon pencerahan

    BalasPadam
  56. Assalamualaikum..sy buat loan 50k stary dri umur 18 tahun..skrg sy dh 24 tahun dan smpi skrg sy msh byr bulanan cantik..dan skrg sy nak jual balik ASB tu..sbb dh x larat nk bayar bulan2..so klu jual balik,berapa kire2 boleh dpt eak??..

    BalasPadam
  57. salam,nak tanya.saya buat loan 55k.start december 2014.,tetapi saya nak close hujung bulan jan 2020.If sya nak keluarkan semua dividen dahulu bulan jan 2020,kemudian close hujung bulan tu.Mohon pertolongan

    BalasPadam
  58. As'salamualaikum, saya baru submit asb loan dgn maybank pada 13/12/2019 . dan loan lulus, kata pegawai bank paling awal February 2020 loan diterima. Adakah masih boleh saya Cancel? . sbb saya rasa sangat rugi Dividen skrg merosot . Terima Kasih . Mohon sangat Jawapan secepat
    mungkin

    BalasPadam
    Balasan
    1. 0194163738, fadhli961228@gmail.com

      Padam
    2. saya pun baru lulus, mcm nk cancel bile kire dividen kene topup tuk monthly sb 5.5 jer 2019, nt 2020 brpe agak ye dividen kalo makin turun teruk lah

      Padam
  59. Saya mula2 daftar asbf ni kat maybank A. Kalau saya nak terminate kat maybank B boleh ke?

    BalasPadam
  60. Baru2 ni saya terminate asb loan... Pegawai bank ada suruh bayar lagi untuk sebulan... Bayaran untuk apa ni ye ?

    BalasPadam
  61. Saya dh jual saham pada 10.01.2020 tapi sampai sekarang duit tak masuk lagi.kenapa ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab banyak org cancel,so kena tunggu.yg saya pun sama ,blm terima apa apa refund

      Padam
  62. Dah dapat ke yaa lebihan bayaran rm4k tu?

    BalasPadam