Rabu, 23 Ogos 2017

4 langkah mudah. Indahnya hidup berjimat cermat.


Nak berjimat senang je. Mula-mula sekali ikut langkah-langkah ni .

1. Frugal Living
Ubah gaya hidup yang sekarang ni kepada lebih ringkas. Membeli barangan keperluan dengan lebih murah semasa promosi atau sale. Manfaatkan kupon dan voucher diskaun. Sentiasa bandingkan sesuatu produk dengan yang lain. Pilih yang paling banyak memberi pulangan atas duit yang dibelanjakan.

2. Downsizing
Kemas barangan peribadi yang ada di rumah. Boleh mulakan dengan almari baju. Keluarkan semua baju-baju yang ada dalam almari tu dan humbankan di tengah bilik. Biar almari jadi kosong. Kemudian ambil salah satu baju tadi. Pegang dan tengok puas-puas. 

Adakah baju ini memberikan anda perasaan gembira?. Kalau ya letak baju tu di kawasan Ya. Kalau masa pegang baju tu kita tak rasa gembira atau rasa 50-50 humbankan baju tu di kawasan Tidak. Buat sampai habis satu almari. Hasilnya akan ada selonggok baju "Ya" yang kita akan simpan dan selonggok lagi "Tidak". Yang ni terpulang pada kita nak buat apa sama ada nak dermakan, jual, recycle, buat kain buruk atau buang. Asalkan anda tak simpankannya lagi.

Dah siap kemas almari buat meja solek pula. Lepas tu buat almari dapur, lepas tu bilik air dan seterusnya sampai beres satu rumah.

3. Minimalist . Less is More
Semakin kurang barang semakin banyak ruang terbuka untuk kita. Rasa betapa lapangnya minda . Senang nak bergerak bila bilik dah tak sesak dengan barang yang bersepah sana sini. Hanya ada barang yang hari-hari kita guna je kat sekeliling kita. Yang jarang guna atau tak pernah guna eloklah kemas atau buang je. Kita tak perlu sampai dua tiga sikat dalam laci meja solek tu. Tinggalkan cuma satu yang paling terbaik. Segala jenis krim muka alat solek dan macam-macam kejadah lagi  yang dah expired atau dah habis buangkan jauh-jauh.

4. Ketepikan 10% duit gaji simpan dalam tabung.
Kalau gaji RM3000 maka 10% ialah RM300. Setiap kali cucuk duit keluarkan dulu RM300 ni. Transfer ke akaun lain untuk simpanan yang tak boleh diusik. Atau paling bijak guna duit ni untuk beli emas secara online melalui Public Gold.  Contack nombof aku ni untuk beli emas sebab aku dealer Public Gold.  Www.wasap.my/+601132417404










Tiada ulasan:

Catat Ulasan