Rabu, 1 November 2017

6 tips Apa Nak Buat bila Putus Kawan


Konflik , bergaduh besar , berkecil hati adalah contoh faktor yang sering mengakibatkan terjadinya putus kawan. 

Walaupun berkawan sejak sekian lama , sentiasa buat benda apa pun bersama, pergi kemana pun bersama tapi disebabkan hal yang kecil, akrab macam mana sekalipun kau dengan dia akan terputus jugak.

Berikut 6 tips bagaimana kau nak move on bila putus kawan.

1. Jika tragedi putus kawan itu baru lagi terjadi. Ambil lah inisiatif untuk bertemu dan berbincang. Tanya apa sebab yang kau dan dia tak puas hati itu. Minta penjelasan dari dia. Kemudian jelaskan pendapat dari kau pula tentang apa yang sebenarnya kau rasa. Cakaplah dengan elok dan berhati2 dalam menyusun kata. Jangan tinggikan suara nanti boleh menyebabkan gaduh round 2 pula. Lakukan langkah ini secepat mungkin . Pilih keadaan masa marah kau atau dia agak reda.

2. Kalau dia tak mahu jumpa atau tengok muka  kau maka cubalah kaedah call, whatsapp atau khidmat kawan lain sebagai orang tengah . Katakan hajat kau untuk minta maaf dan nak berdamai. Tak salah kalau kita beralah dan bertolak ansur sikit. Lagipun dia kawan kita.

3. Jika tragedi itu terlalu pahit, tak boleh dimaafkan atau menyebabkan kau malu tahap gaban depan semua orang maka kau patut bertegas. Cakap dengan dia yang kau marah dengan apa yang dia buat. Jelaskan point point kau yang bila dia dengar point tu membuktikan yang dia memang salah dan tak sepatutnya buat kau macam tu. Bercakaplah dengan tegas tapi jangan sampai guna kekerasan. Kalau memang kau yang salah maka kau kena bersungguh2 minta maaf dengan dia. Jujur dan jangan malu.

4. Bila hubungan kawan tu dah tak dapat diselamatkan lagi walaupun dengan cara diplomasi seperti diatas maka lebih baik dia jadi lawan kau. Asingkan diri kau dengan cara BAIK. Jarakkan diri jauh-jauh dari dia. Pindah meja makan kau dan cari meja lain. Carilah kawan lain yang masih ngam dengan kita. Yang penting kau jangan nampak kalah pada mata dia . Hidup mesti diteruskan. Dalam dunia ni bulan hanya ada kau dan dia.

5. Bertawakal. Ingat tuhan banyak-banyak dan fikirkan kenapa benda ini terjadi. Insafi diri sendiri. Kadang kala sesuatu benda pahit yang terjadi itu kerana nak menyedarkan kita. Selama ini kita lupa. Jangan ulangi silap yang sama. Jagalah hubungan dengan semua orang dengan cara yang sebaik baiknya. Sentiasa bijak menjaga silaturrahim.

6. Akan ada satu masa dimana akan datang peluang untuk kau dan dia untuk bersemuka dan berjumpa. Gunakan lah peluang ini untuk berbaik-baik semula. Buang yang keruh ambillah yang jernih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan