Selasa, 7 November 2017

Review baik dan buruk Lot kedai 3 tingkat Jalan Othman, Muar


Lot kedai 3 tingkat Jalan Othman, Muar


Kebaikan.

4 pintu Lot kedai 3 tingkat dengan kawasan hadapan untuk parking kereta yang luas.

Dalam kawasan bandar Muar . Jalan hadapan ialah jalan utama yang sibuk dari pukul 6.00am-9.00pm.

Bangunan besar dan masih baru. Lot memanjang ke belakang dan kedai banyak ruang untuk berniaga.

Anggaran sewa tingkat bawah 2k-2.5k
tingkat atas 800-1k

Kekurangan.



Kewujudan pokok besar yang lama dan buruk menghalang pandangan pengguna jalan raya . Tak nampak sebahagian besar bangunan .

Banyak lot yang terlalu lama dibiarkan kosong. Termasuk lot di tingkat-tingkat atas. Lot yg terlalu lama dibiarkan kosong seperti ini mengundang energi negatif.

Lantai hadapan yang tinggi dengan tiga anak tangga untuk naik adalah baik. Tetapi lantai tinggi mudah mengundang haiwan liar seperti kucing dan anjing untuk tidur di kaki lima. 

Haiwan liar akan mengotorkan lantai hadapan dengan najis dan air kencing. Kucing pula akan suka memuntahkan rumput di situ. Dinding dan tiang akan sentiasa berbau hancing.

Bumbung hadapan yang tinggi mengundang burung layang-layang dan kelawar untuk bersarang. Akan menyebabkan tahi burung dan kelawar bersepah setiap hari. Kerja membersih juga akan sukar kerana syiling bumbung yang terlalu tinggi.

Apabila hujan lebat kawasan parking hadapan akan menjadi kolam. Diburukkan lagi apabila najis haiwan liar dari kaki lima yang hanya disapu buang ke kawasan parking menyebabkan najis merebak di merata-rata tempat semasa hujan.

Tak sesuai dijadikan kawasan menjamu selera kerana tiada aura positif dan dikotori dengan najis binatang.

Walaupun pintu hadapan adalah tinggi tetapi lebarnya terlalu kecil. Menghadkan kemasukan rezeki. Pengunaan ruang hadapan menjadi terhad.

Di tepi jalan besar tiada papan tanda yang besar dan cantik bagi mengalu-alukan pelangan datang .Orang tak tahu apa perniagaan yang ada di situ.

Kawasan parking yang percuma menyebabkan mereka yang bukan pelangan suka meletak kenderaan untuk tempoh yang lama. Contoh pekerja dari pejabat dan kedai-kedai berhampiran.

Lokasi bangunan terlalu kebelakang dari jalan raya. Jadi perlukan papan tanda perniagaan yang besar dan berwarna garang. Perlukan saiz yang betul kerana muka depan bangunan terlalu besar dan dipenuhi tingkap-tingkap kosong.

Kesilapan design untuk kawasan parking kerana mahu memaksimumkan pengunaan ruang hanya untuk bangunan. Parking yang dipenuhi kereta adalah sangat tidak cantik. Sepatutnya parking dibina di bahagian belakang. Jika bangunan dibina kehadapan lagi akan menarik pelangan, pengguna jalan raya dan pejalan kaki yang bersiar-siar. Bangunan juga akan lebih cantik dan nampak gagah dan besar.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan